Saturday, 2 April 2016

Jom Main Teka-Teki

Hye, assalamualaikum semua penduduk bumi :)
.
Entri kali ni aku nak ajak awak-awak yang bace belog saye ni untuk main teka-teki. Ha... Nak tak? Mestilah nak, kan? Tak perlu jawab pun I dah tahu ;) Kekeke
.
Teka-teki ni senang je tau. Tak susah pun. Teka-teki ni langsung tak memerlukan korang untuk study macam peserta clever girl buat. Just relax and chill. Okay?
.
So, dah sedia? Kalo dah sedia, ayuh kita mulakan!
(Dah kenapa pulak aku rasa macam dah jadi Aliff Satar as Clever Girl's hos ni? Ish ish ish +_+)
.
Oh, sebelum tu saje nak gitau, soalan ni pada mulanya kawan aku yang teka kat aku. And now, aku pulak yang nak berteka-teki ni. Harap jawab dengan dahi berkedut 18 sambil makan popcorn, ya? Hehe.
.
Okeh. Let's check it out!
.
.
1) Kalau semua haiwan jadi ikan, ikan jadi apa?
⇨ Jawapannya ikan jadi banyak!!!
Macam bongok pulak kan jawapannya. Aku nak cari jawapan untuk soalan ni sahaja sampai berfikir luar alam. Ikan jadi ayam lah. Ikan jadi dinasour lah. Alih-alih jawapannya ikan jadi banyak -_- Eh, geram pulak daku. Siapa yang cipta soalan ni???
.
2) Lembu apa yang tak makan rumput?
Jawapan aku ialah lembu yang makan makanan lembu yang dibeli kat kedai tu and lembu yang dah kenyang. Tapi sayang seribu kali sayang, salah jawapanku rupanya.
⇨Jawapannya ialah..... (sila ambik mood Cikgu Papazola dalam cerita Boboiboy) Lembu yang tak ada selera!!!
Ngeng --"
.
3) Ada 4 ekor burung. 3 ekor ditembak oleh pemburu. Seekor lagi lari ke mana?
Jawapan untuk soalan ini memerlukan korang untuk berfikir kejap. So, duduk diam-diam, kerut dahi sampai lipat 18 and fikir. Apakah jawapannya?
6000 jam berlalu
Dah dapat jawapan? Dah?? Okay, bagus! Jom check betul ke tidak jawapan yang engko dapat tu.
⇨Jawapannya burung tak boleh lari. Burung terbang, ya manusia-manusia sekalian :p
Aku tahu korang tengah sakit hati sebab jawab salah. Kehkehkeh
.
4) Sheikh Muzaffar Shah pergi ke bulan dengan Selamat. Siapakah orang kedua pergi ke bulan?
Haaaa... Sila google sekarang!
Dah google? Dah dapat jawapan?
So, jom check!
⇨Jawapannya ialah Selamat!!!
Eh, kenapa Selamat pulak? Bukan orang lain, eyh? Haaa. Engko perasan tak kat soalan tu, perkataan Selamat tu aku start dengan capital letter 'S'? Perasan tak? Or... Kau perasan tapi kau ingat aku typooo? Eh, NO NO NO and NEVER! SHa is not a typo, okey :p
.
5) Ada 4 orang budak. Diorang berkongsi payung. Tapi payung itu cuma muat untuk 2 orang sahaja. Soalannya, kenapa 2 orang budak yang tidak berpayung itu tidak basah?
⇨Jawapannya sebab hari tak hujan :D Aku happy sebab aku betul soalan ni ;)
.
6) Kambing apa yang perlu dicari?
Kambing hilang. Nanti kalau tak dicari, macam mana nak diperah susunya dan disembelih untuk dibuat gulai kambing? Tak gitu??
Sentap jap kawanan kambing jiran-jiran aku ni bila baca entri ni. Mesti nanti diorang lari dari kandang ikut kambing bangla pulang ke bangla. bhahah. Tapi kambing reti membaca ke = ̄ω ̄=
.
7) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
⇨Jawapannya sebab kalau angkat kedua-dua belah kaki, conform jatuh! Kan?
Ini juga soalan yang mengakibatkan sakit jiwa, ya tuan puan adik kakak dan abang sekalian.
.
8) Isteri Ali nak beranak, jadi Ali bawalah isterinya ke hospital. On the way ke hospital, Ali melalui di hadapan lombong bijih timah. Apabila anak Ali sudah lahir, Ali menamakan anaknya itu Fatimah. Persoalannya, mengapakah nama Fatimah menjadi pilihannya?
⇨Jawapannya kerana anak Ali perempuan. Bhahaha again :p
Aku syak mesti ramai yang jawab sebab Ali melalui di hadapan lombong bijih timah.
.
9) Apa yang keluar- masuk keluar-masuk?
Ha! Fikir blues!
Harap maklum, ya. Soalan ini tiada kaitan dengan 18sx.
So???
⇨Jawapannyaaaaa... Nafas!

.
.
.

Susah tak teka-teki kat atas? Tak pun kan? Senang je kan? Kan? Kan?
.
Siapa yang dapat jawab semua soalan sila angkat kaki!!!
.
Yeay! Tahniah kepada anda-anda yang mengangkat kaki.
.
Okay, sekian sahaja entri untuk minggu ni. Kita jumpa lagi di minggu hadapan. InshaAllah ⇜

.
.
.

Thanks for reading thia entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...