Thursday, 21 April 2016

Terinspirasi Dengan Yuyu Zulaikha

Assalamualaikum and hi kepada mana-mana manusia yang tersesat ke entri ini. *Hi ^_^ Terima kasih kerana tersesat ke sini, ya. At least ada jugak orang baca belog aku ni daripada aku duk syok sendiri je update belog like a boss ~~~
.
Sebenarnya semasa aku sedang menulis entri ni, aku juga tengah tengok siaran ulangan rancangan Clever Girl. Two in one la bak kate omputeh. Well, sambil menyelam minum air. Eh, betul ke dok pepatah yang aku guna tu? --"
.
So... Adakah aku menulis entri ini bertujuan untuk menulis perihal rancangan Clever Girl? Ataupun entri tanda protes kerana sekolah aku sentiasa adakan extra class dan kem pada setiap hari Sabtu? Mungkin juga perihal ke-ber-debar-an aku untuk menghadapi mid-year exam this upcoming May? Adakah? Adakah? Adakah? Oh, tidak ya. Tidak sama sekali!
.
Ni aku nak tanya satu soalan, korang kenal tak dengan seorang petite blogger named Yuyu Zulaikha? Ha, kenal tak??
.
Kenal? Baguslah... Tak kenal? Alah, buat-buatlah kenal. Eyh?
.
Tak kenal jugak siapa tu Yuyu Zulaikha? Hem. Ok-lah, aku bagi hint. Suami dia Onejet yang handsome tu. Kenal kan? Ok-lah. Bagus. *Thumbs up untuk korang yang kenal Yuyu Zulaikha tu ;) (Suami dia actually.)
.
Kalo korang kenal siapa tu Yuyu Zulaikha, mesti korang tau kan yang Yuyu tu sebenarnya petite. Kecil molek. Tinggi dia kalau aku tak silap 138/140 cm. Kiranya taraf-taraf aku jugak la. Tinggi ai olls140cm hokeh :p !
.
Aku sebenarnya dah agak lama jugakla kenal Yuyu ni. Aku start berblogging tahun lepas and beberapa bulan selepas itu baru aku kenal Yuyu. Itupun melalui entri ni. Terima kasih bebanyak kat blogger Apijol sebab buat entri tu. Kalo tak, mesti sampai sekarang aku still tak kenal siapa tu Yuyu. Ish ish ish. *geleng kepala sambil dahi kerut 18
.
Tapi.... Walaupun aku dah kenal Yuyu lamaaa dah (padahal baru tahun lepas -_- ) , aku tak baca pun belog dia. Aku just baca pasal majlis nikah dan resepsi perkahwinan dia dengan Onejet je. Teruk kan aku?
.
Motifnya adalah kerana, masa tu aku tak berminat pun nak tahu pasal Yuyu sebab bagi aku Yuyu ni biasa-biasa je. Biasa-biasa kau! Lempang nak??
.
Tapi, walaupun aku tak baca belog Yuyu, aku still follow Yuyu kat IG, ok. (Jemputlah follow IG aku →_→ @cik_sm ) Tapi follow je lah. Tak stalk pun sebab masa tu aku tengah fanatik giler crazy dengan Fatin Liyana and Irine Nadia. Bila buka IG je, mesti buka IG diorang. Kak FL dan Kak Irine patut gembira sebab aku jadi peminat fanatik diorang >o< K, tah pape je aku ni. Batak penghargaan betul la --"
.
Tapi (lagi) , sejak bulan lepas (Mac), aku start jadi rajin secara mendadak dan tak ketahuan hala. (pinjam ayat Yuyu Zulaikha jap. Alah, pinjam kejap je. Kak Yuyu pun ilek je
Korang nak bising-bising pe hal? Ha.. kan dah teremo tu.) Aku mula jadi ringan tulang dan ringan mata untuk membaca belog Yuyu Zulaikha yang ber-url kupukupukecik.blogspot.com . Eh? Aku ingatlah url belog Yuyu. Waa.. Bangganya saya ^_^
.
Sekarang ni, aku dah baca hampir 90% dah dari semua entri di belog Yuyu. Lagi sikit je nak habis. Hebat kan aku? Hehe XD Hebat lah sangat padahal Yuyu dah delete separuh dari entri yang lepas-lepas. Kesian kat aku sebab dah ketinggalan di zaman paleolitik. Kesian kesian kesian - Ipin.
.
Apabila aku dah baca entri-entri di blog Yuyu, jujur aku cakap aku memang sangat terinspirasi dengan ibu petite ni. Saya serious ni, awak-awak semua. No time to joke, ok :p
.
Yuyu kan petite, kan? Kan? Kan?
Aku pun petite jugak. Jugak. Jugak.
Tinggi kitorang pun sama, hokeh. Sekali lagi aku nak ulang. Tinggi kitorang 140cm. So, sama kan?
Cuma yang bezanya ialah umur kami. Yuyu dah 27tahun tapi ai baru je 15tahun. Budak lagi. Yeay sebab Budak lagi ^_^ Tak yeay sebab tahun ni PT3. Ah, mencik! Taknak exam T_T
.
Aku saaaangat terinspirasi dengan Yuyu. Aku suka dengan confident level Yuyu dalam berfesyen. Walaupun dia rendah, tapi style dia berfesyen tak macam and tak nampak rendah langsung. Nampak macam manusia 'normal' je. Siyes ni, siyes!
.
Aku ni kan, kalo nak berfesyen macam Yuyu tu,,, hoi! Memang tak berani ar. Confident level aku rendah giler crazy kot. Siyes ar. Selama ni aku just tau pakai baju kurung + shawl/bawal and skirt + t-shirt + shawl/bawal je kalo nak keluar ke mana-mana. Paling selekeh pun aku just pakai seluar trek + t-shirt + bawal . Selekeh kan?
.
Haa.. Tu je lah pakaian yang aku tau untuk pakai. Tiada yang lain. Sebab masa tu, persepsi aku terhadap orang rendah ialah pakai apa-apa pun tak cantik sebab nampak macam budak-budak. Sadis kan?
.
Tapi, kan. Selepas aku baca belog Yuyu and stalk IG dia, persepsi aku dah berubah. Sekarang ni, bagi aku semua orang boleh berfesyen dan nampak lawa. Bukan orang tinggi je boleh pakai peplum. Bukan orang lampai je boleh pakai abaya. And bukan orang yang lonjong jong jong je boleh berjubah dan ber-long dress. Orang yang tak cukup inci macam aku ni pun boleh ^_^ (Sekarang ni aku tengah sengih sedbern ke sedbern tanda happy sebab dah boleh berfesyen macam orang lain)
.
Satu lagi....
.
Dulu kan, aku tak berani pun nak pakai wedges and heels sebab aku rasa aku tak sesuai nak pakai alas kaki macam tu. Lagi pun, aku ni kan budak lagi (budak la sangat) so manalah boleh nak pakai kasut yang tinggi-tinggi ni. Kasut tinggi-tinggi ni untuk mok cik-mok cik je. Budak-budak macam aku tak boleh pakai. HARAM! Pandai sangatlah ko letak hukum haram.
.
Aku sangat stress ok bila aku nak beli wedges tapi ada manusia yang tak bagi aku beli atas alasan aku ni budak lagi. Sama jugak dengan pakai lipstick. Alasan sama jugak yang aku dapat. Tapi adakahku kisah? Tak, ok. TAK LANGSUNG! Aku pakai je lipstick tebal-tebal biar orang yang duk 9897 batu jauh di hadapan pun boleh nampak warna merah lipstick aku. K, hiperbola --'
.
Sekarang ni baru aku sedar silap aku. Aku terlalu ambil tau pasal kata orang sampaikan orang tak bagi aku beli wedges pun aku ikut je macam cow kena cucuk nose. Dungu jugak aku ni rupanya --" Padahal bukannya aku nak beli wedges tu guna duit dia pun. Duit aku sendiri apa. Wekkkk :p
.
Bila aku tengok kawan aku ilek je pakai wedges yang tinggi 3inci and tengok Yuyu pulak asyik pakai kasut yang tinggi-tinggi je and memang minat simpan kasut tinggi-tinggi ni, keyakinan aku untuk pakai kasut tinggi-tinggi pun meningkat dan makin meningkat. Jadi, hipotesisnya ialah, "Jika SHa dapat inspirasi dari orang lain, maka tahap keyakinan SHa akan meningkat". What to change is inspirasi dari orang lain and what to observe is tahap keyakinan SHa. Haaa. Dah masuk bab Sains dah. Sains sangat!
.
So... Aku nak berterima kasih sangat sangat sangat kat Yuyu Zulaikha kerana telah meng-inspirasikan aku secara tidak langsung. Tengkiu ngattt >_<
.
Sekarang ni, alhamdulillah aku dah tak ada masalah lagi (mungkinlah) dalam hal kekurangan confident level dalam berfesyen. HEHE ::>_<::
.
Tapii... Yang masalahnya sekarang ni ialah pasal belog.
.
Aku ni memang seorang yang suka sangat dengan perkara yang femes-emes ni. Sejak aku umur 6 tahun lagi aku dah berangan untuk jadi femes. Masa aku umur 7 tahun, TV9 ada buat rancangan Idola Kecil kan. Ha, masa tu aku minat sangat citer tu. Nak sangat-sangat join ok. Aku siap simpan tekad lagi untuk pi audition. Tapi, itulah. Angan tinggal angan je. Memang angan-angan sungguh ar. Tak jadi kenyataan pun sebab aku tak pernah pergi pun audition Idola Kecil tu -_-. Habes punah ranah hancur lebur harapan aku nak jadi femes melalui rancangan tu.
.
Bila naik form1, TV9 buat pulak rancangan Pop Krew. Masa tu Idola Kecil dah tak ada. Masa ni pun aku still lagi simpan angan. Angan nak hadiri audition pop krew bila dah form3 iaitu sekarang ni la sebab Pop Krew just for teen umo 15-19 je. Tapi... Bila aku naik form2, TV9 dah tak buat dah rancangan tu.
Hem. Sedih lagi T_T Impian aku nak jadi femes terkubur lagi..
.
And... aku sebenarnya nakkkkk sangat jadi femes melalui blog macam bloggers yang femes emes temes memes tu. Contohnya tak lain tak bukan ialah Yuyu Zulaikha. Lagi, Fatin Liyana, of course. And Irine Nadia..
.
Aku kagum dengan Yuyu sebenarnya sebab dalam masa 4 bulan JE dia aktif berbelog, dia dah dapat kumpul around 7k followers, kalo tak silap aku la.
.
Kagum ^_^
*Tepuk tangan laju-laju tanda kagum.
.
Kalau boleh aku nak lah jugak jadi macam Yuyu yang dulu. Yuyu yang aktif blog ∩__∩ Yuyu yang femes ⊙﹏⊙ Hehe XD Yuyu yang shomels (⊙o⊙) dan banyak lagilah Yuyu yang.
.
Tapi... aku tak rasa yang aku boleh jadi macam tu. Blog pun aku tak aktif. Update belog 2 kali je seminggu, camne nak femes? Hah, cer jawab. Aku ni bukannya Fatin Liyana. Tak update blog berbulan-bulan pun ramai lagi orang yang visit blog dia. Tak ke hebat tu?
.
So, sekarang ni aku lebih memilih untuk hidup di alam realiti. Hidup di dunia yang sebenar. Bukannya di alam fantasi dan dunia angan-angan semata-mata.
.
Sekarang ni, aku dah tak kisah pun pasal femes femes tu sebab aku tau aku takkan jadi femes macam Yuyu. Viewers dalam sehari pun just 40++ je, tang mananya femes tu? Ha, cer jawab...
.
Takpelah tak femes pun asalkan hidup bahagia. Ye, dak?
.
.
.
Ok-lah. Aku rasa dah panjang sangat je entri kali ni. Nak taip entri pasal lain sebenarnya, tapi alih-alih melencong ke lain. Itulah aku! And, I don't like it. Seriously!
.
K,lah. Bai. Tata. Assalamuaikum ;)
Thanks for reading this entry ^_^
.
.
Izinkan aku tampal gambo Yuyu banyak-banyak kat sini. And tak lupa juga gambo aku. Gambo iolls yang bawah, ya ;)
.
Gelap tak semestinya hudoh.
Rendah tak semestinya tak cantik.
.
.
.

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...