Monday, 29 June 2015

Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Lama dah aku rasa aku tak update blog ni. Kan? Ada ke sape-sape yg rindu aku? Kalau ada, meh sini nak cium. Rindu awak jugak ;)

Hem... Seperti korang tau, kita sekarang berada di bulan Ramadan and sebelum aku lupa nak wish since hari ni dah hari ke-11 puasa... So, aku nak ucap Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa semua. Semoga amal ibadah kita semakin bertambah di bulan yg mulia ini.

Ni aku hadiahkan sepotong pantun untuk korang yg sudi baca entry aku  ni..

Main willy di highway Karak,
Main wikang di padang jarak;
Bukan nak berkonvoi or nak berarak,
Cuma nak ucap salam Ramadan Al-Mubarak..

:) :) :)

Hashtag: 

………………………………………………………………………………………………………………………………

Bulan puasa kali ni memang memenatkan kalo nak compare dengan tahun-tahun yg lepas. Balik sekolah je mesti kena terkejar-kejar sebab takut kena tinggal dengan bas sekolah.
Tapi nasib baik lah bila naik bas tu, ada sorang kawan aku ni sudi jagakan tempat untuk aku. So, bolehlah aku lepaskan lelah.. Walaupun tak boleh minum :( Well, saya puasa! (sengih sampai telinga)
Homework pun bulan puasa ni makin bertingkat-tingkat walaupun sebenarnya tak belajar sangat pun. Pulak tu, aku langsung tak ada mood nak buat semua homework tu. Malas plus terlebih kenyang. Biasalah aku ni kalau dah lepas berbuka, memang macam ular sawa kekenyangan lah. Jawabnya, semua homework tu aku semakkan atas meja study. Yang mana cikgu nak dulu, aku buatlah. Kalau tak, jangan harap aku nak belek. Tengok pun tak nak, apatah lagi menyentuhnya. Kikiki. Sumpah! Aku malas tahap kuasa dua juta.

Hem... Ok-lah .. aku dah malas nak tulis panjang-panjang. K bhaii :p
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...