Sunday, 19 July 2015

Berubah Perlukan Masa

Assalamualaikum...
Ramai orang kata aku ni alim. Alim macam ustazah.
Ramai orang kata aku ni baik. Baik macam malaikat.
Ramai orang kata aku ni solehah. Solehah macam Aisyah R.A.
Ramai orang kata aku ni muslimah sejati. Muslimah macam Fatimah Az-Zahra.
Tapi...
Ada juga yang mengumpat, mengata dan mengutuk aku macam-macam.
Ada orang kata aku ni alim tapi perangai tak macam alimah pun.
Ada orang kata aku ni baik tapi mengumpat orang.
Ada orang kata aku ni solehah tapi biadab.
Ada orang kata aku ni muslimah sejati. Tapi... Muslimah hanya pada pakaian, bukan pada ibadat..
K, Fine ...
Aku tak kisah orang nak mengata aku. Kata lah.
Aku tak kisah orang nak kutuk aku. Kutuk lah.
Dan..
Aku juga tak kisah orang nak mengumpat pasal hal aku. Umpat lah.
Tapi, kau tahu ke apa yang kau kata, kutuk dan umpat tu betul ke tidak? Hem..?
Tak tahu pun kan?
Kau pun tak tahu kan kenapa aku tak kisah dan tak marah langsung pun kalo kau mengata, mengutuk and mengumpat aku. Kan?
Aku tak kisah dan aku tak marah bukan sebab aku tak ada hati, tak ada perasaan. Tapi sebab aku dah bosan cimpanzi dah dengan mulut manusia yang non stop pot pet pot pet.
Satu lagi, apa yang kau kata, kutuk and umpat tu terang lagi bersuluh betul. So, untuk apa aku marah? Kan?
Tapi,
Tipulah kalo aku kata aku tak kecil hati..
Sejujurnya aku memang kecil hati..
Kecil hati dengan kau orang yang buat tiga benda tu kat aku.
Pulak tu, kau orang langsung tak tahu perkara yang sebenar..
And, the most important is kau orang ialah insan yang rapat dengan aku.
Kau orang tak tahu kisah sebenar.
Kau orang tak tahu cerita sebenar.
Kau orang tak tahu peristiwa sebenar.
Kau orang tak tahu.
Tak tahu.
Sekarang kau kata aku ni alim. Ya, aku alim. Sebabnya, kau orang kata diri aku ni penuh dengan ilmu agama. Kalo orang ada masalah, selalu story kat aku then aku tolong nasihatkan. Siap tambah dalil-dalil hadis lagi.
Tapi korang tau ke yang dulu aku tak macam ni pun.
Ramai orang kata aku alim tapi sebenarnya aku tak alim pun. Untuk pengetahuan kau orang, pertama kali aku khatam Quran masa aku umur 10 tahun. Tu pun, sebab aku mengaji kat kelas KAFA. Aku tak pandai pun bab agama. UPKK aku 6A2B aje. Kalo dulu exam subjek PAI aku selalu score B aje. A memang hapuih! Susah doe... Mad asli, mad wajib dan saudara-saudaranya aku tak kenal langsung pun.. Sebabnya, aku TAK TAU!
Tapi tu semua dulu punya cerita.
Ada orang kata perangai aku tak macam alimah pun. Ya! Aku mengaku. Aku tak ada ciri-ciri alimah pun. Aku gelak kuat. Aku mencarut. Aku selalu cakap pasal lelaki. Aku minat Korea. Bahasa aku kasar..
Tapi...
Salah ke semua benda tu?
Aku gelak kuat. Ya! Kuat. Tapi aku tutup mulut aku. Aku tutup mulut aku tiap kali aku ketawa. Tak kiralah ketawa kuat or biasa-biasa je.
Aku mencarut. Ya! Mencarut. Tapi paling teruk perkataan yang keluar dari mulut aku pun cuma 'BODOH' dan 'GILA' . Tu je. Pernah ke kau dengar aku sebut perkataan-perkataan yang teruk + tak senonoh? Tak kan?
Aku selalu cakap pasal lelaki. Ya! Cakap pasal lelaki. Tapi kau orang tau tak sape lelaki tu. Tak kan? Lelaki tu ialah sepupu kawan aku yang baby lagi. Dan tak ketinggalan juga mamat Korea.
Aku minat Korea. Ya! Korea. Tapi salah ke? Aku tau la pakaian diorang tu seksi sehingga mencolok mata. Aku tau la Korea tu benda lagha. Hiburan semata-mata. Aku tau. Tapi aku behave. Aku tak lah fanatik sangat. Tak lah kalo artis Korea ada kat depan mata aku, aku terus nak gi peluk or lebih drama lagi pengsan. Tak, ok.
Bahasa aku kasar. Ya! Kasar. Memang lah bahasa aku kasar sebab aku ni orang Ganu. Bagi kau bahasa aku maybe kasar tapi sebenarnya tak langsung pun. At least, aku tak lah sampai mencarut benda yang tak baik. Kan?
Ramai orang kata aku ni solehah. Tapi... Betul ke aku ni solehah? Aku bukannya tiap-tiap masa bercakap lembut. Aku bukannya tiap-tiap masa senyum. Ada masa aku berbahasa kasar jugak. Ada masa aku masam jugak. Tambahan pulak, aku ni bukan jenis yang mulut lebar (senyum) .
Ada orang kata aku ni biadab. Ya! Aku memang biadab. Aku mengaku..
Tapi...
Biadab aku ada masa-masanya jugak. Dan sebab-sebabnya jugak. Tak ada maknanya aku nak biadab membabi buta.. Tak adanya maknanya!
Ramai orang kata aku ni baik. Baik sebab aku ni banyak tolong orang dan suka tolong orang. Tapi hakikatnya kalo nak dibandingkan dengan manusia lain, aku ni apalah sangat? Tak baik mana pun. Menolong orang tu dah memang tanggungjawab aku pun.
Tapi...
Ada orang kata aku ni baik tapi kuat mengumpat. Mengumpat.. Benda tu aku rasa dah biasa sangat.. Dah sebati dengan diri aku. Tambahan pulak aku ni perempuan..
Aku mengumpat. Ya, aku memang mengumpat.. Tapi aku cuma mengumpat perkara yang aku tak puas hati.. Perkara yang buat aku rasa macam nak pusing kepala orang je.. Perkara yang bila aku ingat balik macam nak terjun bangunan..
Ramai orang kata aku ni muslimah sejati. Sebabnya pakaian aku semuanya besar-besar. Tudung aku semuanya labuh-labuh. Belajar pulak kat sekolah menengah agama. Tapi, kau tau tak apa yang ada di sebalik pakaian besar dan tudung labuh tu? Tak kan?
Aku bukannya muslimah sangat. Jujur aku cakap aku pernah couple. Actually aku malu nak mengaku aku ni pernah couple. Sebabnya couple tu ibarat aib pada aku. Dan ini adalah kali pertama aku mengaku yang aku pernah couple secara public. Family aku pun tak tahu aku pernah couple.
Tapi semua tu aku dah tinggalkan. Dah masuk setahun aku tak couple. Aku dah insaf. Kalo boleh aku tak nak dah ber'zina' hati lagi.
Orang kata aku muslimah... Tapi,  muslimah tak akan upload gambar diri sendiri kat laman sosial. Tapi aku? Suatu masa dulu aku ni selalu aje upload gambar kat laman sosial. Bukan satu-dua gambar je, tapi banyak. Banyak kau! Tapi tu suatu masa dulu. Sekarang dah tak. Thanks la kat 2 orang hamba Allah ni yang telah menyedarkan aku sampai aku sentap.. Seorang tu tegur aku dengan cara chating through FB. Ayat dia memang sedikit power tapi dengan ayat power tu la aku sedar..
"Kau upload gambar cantik-cantik, lelaki puji kau comel then kau melt. Kau ingat elok ke!?"
Macam tu la bunyinya ayat dia.. And after that aku dah stop upload gambar. Insaf!
Sorang lagi hamba Allah ni dia menegur melalui status di FB. Ayat dia ⇩⇩⇩
"Perempuan solehah apabila dia upload gambar kat laman sosial dan ada lelaki komen 'comel' dekat gambar dia, dia akan padam komen tu. Tapi perempuan lagi solehah tak akan ada satu pun gambar dia kat laman sosial."
Sentap gila masa aku baca ayat ni. And entah apa yang merasuk aku, semua gambar aku kat FB semuanya aku padam.. Betul la kan orang kata, kita update status yang baik-baik kat laman sosial, In Sha Allah pasti akan ada hamba Allah yang sentap then ikut 'teguran' kat status kita tu. So, kat sini nak nasihat sikit la. Jadikan laman sosial sebagai medan dakwah, bukannya medan mengata orang.
Yang paling mengujakan kat sini, dua-dua insan yang buat aku sentap dan sedar ni adalah lelaki. Lelaki, kau! Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia orang berdua sebab dah sedarkan aku.. Kalo dia orang tak 'tegur' aku, entah banyak mana la gambar aku kat FB tu..
Ada orang kata... Aku muslimah just pada pakaian tapi bukan pada ibadat. Ibadat? Siapa kau nak mempersoalkan hal ibadat aku...
Pernah aku berfikir.. Kau kata macam tu, kau tau ke ibadat apa aku dah buat sehari-hari? Aku rasa tak pun.. Pulak tu, takkan aku nak beritahu satu dunia pasal ibadat apa aku dah buat.. Terserlah keriakannya di situ.. Nampak sangat aku buat semua tu tak ikhlas. Just untuk menunjuk-nunjuk.
"Ikhlas ibarat seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.."
Faham tak kat situ. People tak boleh judge keikhlasan seseorang tu sesuka hati je. Sebab? Sebab keikhlasan tu susah sangat nak tahu... It's just between Allah and each of us...
██████████████████████████████████████████████████████
So, kat sini aku nak tekankan bahawa nak berubah memerlukan masa.
Bukan setakat sehari dua. Seminggu dua. Sebulan dua..
Ia mengambil masa yang lama. Mungkin 3 or 4 tahun..
So, kalo kau tengok aku sekarang macam ni. Tunggu lagi 3-4 tahun, aku ni macam mana..
Mungkinkah sama or makin teruk. Or maybe lebih baik..
Semuanya pada diri aku dan Allah..
K, babai.
Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...