Wednesday, 22 July 2015

Sebab Sakura beri aku cinta...

Assalamualaikum...

Malam ni macam sesi meluah perasaan je. Aku pun tak sangka yang aku seberani ni. Yang aku tahu cuma aku nak berkata jujur.. Tu aje.

Lepas ni, lantak dia la nak kata aku apa pun. Sebab apa yang selama ni aku pendam, aku dah luahkan. Hati, jantung, paru-paru, perut dan pankreas ni dah rasa ringan semacam je. Lapang!

Aku mengaku aku gila sekejap tadi. Tapi gila-gila aku pun sebab dia. Dia! Takde orang lain dah. Dan aku harap aku akan selamanya akan gila sebab dan untuk dia. Dia sorang je.

Aku tau aku tak patut buat semua ni. Aku tak patut ambik tanggungjawab ni. Tapi... Aku cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Apa yang mampu aku buat? Apa?

Jujur aku kata, aku tak mampu. Tak mampu. Tak mampu nak tahan dah. Tak mampu nak buat apa dah.

Aku tau aku kecil lagi. Aku tau aku muda lagi. Aku tau aku mentah lagi. Aku tau aku ni belum cukup makan garam lagi. Tapi.... Aku cuma manusia biasa..

Mungkin kau anggap aku ni bodoh. Mungkin kau anggap aku ni dah gila. Tapi aku tak kisah. Sebab aku jadi macam ni kerna kau. Kau!

Kalau kau baca entry ni, aku nak suruh kau ingat satu benda. Ingat satu ayat ni. Ingat!

⇨ Sebab Sakura beri aku cinta ⇦

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...