Tuesday, 9 February 2016

DIAgnosis dan DIAgnosis2



Assalamualaikum...

Apa khabar semua wahai penduduk bumi? Sihat ke sakit? Aku di sini khabar baik dan sihat sahaja. Kalau tak sihat, bagaimana aku boleh menulis entry ini? Hah! Ce pikir, ce pikir.

Okay, sebelum aku teruskan entry ni dengan lebih lanjut, aku nak beritahu korang yang aku sebenarnya tulis entry ini pada hari Jumaat, 8 Januari 2016 jam 4.37 p.m. Dan sekarang, tok imam kat surau kampung aku tengah azan Asar.

So... Selamat membaca entry basi ya, kenkawan :D


***
Kalau hari tu aku ada post entry Di Sebalik Buku 365 by Doktor Anwar Fazal, so sekarang, aku nak post pasal DIAgnosis & DIAgnosis2 pulak.

Kalau hari tu aku beli buku 365 dari @sahabatenuur , so kali ni aku beli buku DIAgnosis juga dari @sahabatenuur . Kenapa? Kerana servis dari pihak @sahabatenuur sangat terbaik dan aku rasa sangat beruntung sebab dapat bekerjasama dengan diorang.

Okay, ayuh aku mulakan entry tentang buku DIAgnosis ni.

Aku mula tahu pasal buku ni bila aku stalk blog Fatin Liyana. Kalau tak silap aku masa bulan Jun. And, bila aku terbaca entry dia pasal buku DIAgnosis ni, terus aku meronta-ronta nak beli. Yes, sebenarnya, memang dah lama sangat aku nak beli buku DIAgnosis ni. Tapi, aku tak tahu nak beli kat mana. Cari kat Kedai Buku Banggol tak ada. Kat Pustaka Seri Intan (PSI) and SMO Bookstore pun tak ada. Alahai.. Kenapa susah sangat nak jumpa kamu, wahai buku?

Then, dalam bulan Oktober or November lepas, classmate aku ada whatsapp pasal buku yang dijual oleh @sahabatenuur . Siapa yang nak beli boleh contact kakak dia sebab kakak dia buat dropship apa entah aku pun tak tahu. Mula-mula tu aku beli buku 365 dulu. Then, Disember lepas barulah aku beli buku DIAgnosis ni. Tapi aku tak beli buku DIAgnosis edisi pertama sahaja, ya. Aku terus rembat buku DIAgnosis2 sekali. Orang tamak, kan? Biasalah :p

Begitulah ceritanya...



Yeay! Buku saya dah sampai :D



The resit


Isinya.


DIAgnosis (kanan) & DIAgnosis2 (kiri) by para doktor yang sangat hebat pada mata aku.

Senarai penulis buku DIAgnosis :-
1) Dr. Anwar Fazal, MD
2) Dr. Aizzat, MD
3) Dr. Azah, MBBS

Senarai penulis buku DIAgnosis2 :-
1) Dr. Anwar Fazal
2) Dr. Aizzat
3) Dr. Azah
4) Dr. Fatin Liyana
5) Dr. Mahyuddin 
6) Dr. Beni Rusaini
7) Dr. Mafeitz



Disebabkan masuk kali ni aku dah repeat order sebanyak 2 kali, so I got this for free. Thank you so much @sahabatenuur.

Kakak kawan aku yang buat dropship tu cakap, kalau customer repeat order, pihak @sahabatenuur akan berikan something sebagai hadiah. Bila aku tau je pasal hal hadiah tu, terus aku berkobar-kobar nak repeat order. Hehe XD Saya giler hadiahhhh :E


Istimewa khas untuk => Siti Halimah . Thanks again @sahabatenuur . Hopefully perniagaan buku-buku agama pihak korang akan terus berkembang dan maju. Dan, saya juga harap 'dakwah kecil' engkorang dengan menjual buku-buku agama ini mendapat berkat dan barakah serta  dapat menjadi sebagai pemberat timbangan amal korang di sana nanti. Saya menyokong 500% . Yeay :D


Sahabat eNuur
Nur Hidayati Ahmad Barudin
KT0372806
2-S-13 Kota Bharu City Point
Jalan Hilir Pasar
15000 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
019-5510129

Masa aku beli buku 365 hari tu, aku tak dapat kad ni. Bila beli buku DIAgnosis ni baru dapat. Sekarang ni, kad ni aku jadikan sebagai harta karun dalam purse aku. Kenapa? Kerana aku tak rasa aku akan gunakan khidmat pemilik asal kad ni sebab secara jujurnya aku lebih selesa bekerjasama dengan kakak kepada kawan aku tu.


Kulit belakang buku DIAgnosis.

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya ilmu DIA. Ini kerjaya yang boleh buat kamu hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (terutamanya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi imaginasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini DIA terima sebagai saham akhirat, InshaaAllah.
"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
Selamat membaca.


Seriously, aku sentap gila bila baca perenggan paling atas part "Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 2)Bergaya , 4) Rasa 'superior'" . Kenapa? Kerana aku pernah bercita-cita nak jadi doktor sebab aku rasa macam hebat je bila dapat pakai whitecoat. Hah? Apakah -_-" ?

Tapi, memang aku setuju 100% dengan apa yang penulis katakan kat atas ni. Aku tak nafikan. Kerjaya doktor memang sangat banyak memberi pengajaran. INI FAKTA.

Ramai dan selalu sangat-sangat-sangat orang kata, "Doktor tak ada life." Dulu, aku pun cakap macam ni.
Tapi, sekarang aku sangat tak setuju dengan statement di atas. Sekarang, aku rasa doktor lah manusia yang paling ada life. Kenapa? Kerana doktor berdepan dengan banyak situasi dan ragam manusia yang kita, manusia biasa tak hadapai dan lalui.

Ramai orang yang men-definasikan life sebagai hidup dalam keadaan gembira dan bebas. Tidak terikat dengan apa-apa dan siapa-siapa. Boleh hang out dengan family, kenkawan or kekasih anytime-anywhere. Boleh minta cuti bila-bila masa and boleh cuti dalam tempoh masa yang panjang.

Tapi, bagi aku, definasi life ialah kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan. Kenapa? Kerana kebahagiaan dan kesedihan adalah rencah kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa. Semua manusia rasa bahagia dan sedih. Semua manusia pernah lalui saat ni. Dan, manusia yang paling banyak hadapi situasi ni ialah doktor.

Kenapa doktor?

Okay, cuba fikir...

Contoh 1 :
Farhana baru aje selamat deliver baby boy dan semestinya Farhana dan husband dia, Farhan rasa gembira dengan kehadiran baby tu dalam hidup diorang. Dan, siapa yang boleh lihat dan turut rasa kebahagiaan diorang masa tu kalau bukan doktor, kan?

*Sedikit info.
  ~ SELALUnya midwife dan staffnurse SAHAJA yang bantu ibu-ibu mengandung deliver baby. Doktor hanya akan tolong deliver baby tu bila ada kes aje contonya baby tu tertelan najis sendiri.

*Kenapa aku pilih nama Farhana? Sebab Farhana tu nama favourite aku.
 ~Saje je kabo XD

Contoh 2 :
Suami Alia, Ali accident semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila dihantar ke hospital, doktor beritahu Alia bahawa terdapat darah beku di dalam kepala suaminya, Ali dan darah beku tu perlu dikeluarkan dengan segera. Semestinya Alia menangis kan sebab sedih dengan apa yang dah menimpa suami dia. Dan, siapa yang tengok Alia nangis dan turut nangis dalam hati kalau bukan doktor, kan?

Then, selepas pembedahan, doktor beritahu Alia yang pihak mereka tak dapat selamatkan suami dia sebab berlaku pendarahan yang teruk semasa proses pembedahan berjalan. Means, suami Alia meninggal dunia lah. And, once again, mestilah Alia nangis, kan? Dan sekali lagi siapa tengok Alia nangis dan siapa yang turut menangis dalam hati kalau bukan doktor? Kan? Kan? Kan?

So, you see what I see? I don't see what you see. Haks XD

Antara kita, manusia yang selalu duk kata yang doktor ni tak ada life dengan doktor, manusia yang dikatakan tiada life, siapa sebenarnya yang ada dan tak ada life?
Kita or doktor?
Cuba fikir.


Kulit belakang buku DIAgnosis2.

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis, bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.
Moga sekual DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba.
Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.
Ini buku untuk semua.
Bacalah dengan namaNya.
Baca.

Okay-lah. Sampai di sini sahaja entry untuk kali ni. Nantikan entry yang akan datang, ya?
Bye, peeps ;D

***

*Aku ingat  nak repeat order dengan pihak @sahabatenuur lagi. Niat di hati nak beli buku Henshin Muslimah and Infiru. Tapi, tunggu purse tebal dulu lah. Nak beli sekarang memang tak lah sebab sekarang ekonomi memang tengah jatuh merudung. Kenapa? Kerana banyak duit sudah dan perlu dihabiskan untuk beli buku-buku latihan dan rujukan. Aku kan PT3's victim  tahun ni. Biasalahhh...

***

Promote:
*Do follow @sahabatenuur at Instagram and Twitter.
*Do like @sahabatenuur's Facebook page ( m.facebook.com/sahabatenuur  ).
*Do hashtag #SahabateNuurAgent.
*Do contact @sahabatenuur at sahabatenuur@gmail.com and 0195510129 (Agent) for any order.

Thanks for your cooperation, friends. Love, ya ;)

***

Thanks for reading this entry ^_^

Salam sayang,

I LOVE KUALA TERENGGANU, MY HOMETOWN. At, Kampung China, Tanjung, Kuala Terengganu. Sesiapa yang pernah datang sini taulah.
 

MENGHADAP LAUT CINA SELATAN. Budak berdua yang tengah main pasir pantai tu cute sesangat, engkorang tau tak? I iz geram so sangat XD



AT PANTAI BATU BURUK. Masa ni angin sangat sangat sangat double triple quadrant sangat kuat sampai hampir nak tercabut tudung aku. That's why aku galas beg aku centu. Tak nak beri tudung berkibar seperti jalur gemilang.

"Eh, wakpe ambik gambo dok napok muke, SHa?"
"Saje. Hobi."

K, dah. Tata <3
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...