Friday, 26 February 2016

Pengumuman lagi...

Assalamualaikum ladies and gentlemen..

Just quick update from me so memang tak nak tulis panjang-panjang,

Hari tu aku ada beritahu kat sini yang tarikh pembedahan aku ialah pada 28 Februari 2016 iaitu pada hari esok. Kan?

Ha... Nak dijadikan cerita,tarikh pembedahan aku diawalkan ke 24 februari 2016 sebabnya doktor pakar orthopedik yang akan operate aku tu akan pindah ke sebuah hospital swasta di Kemaman, Terengganu. So, aku ni kira last case dialah kat HSNZ. That's why dia perawalkan.

Aku dapat tahu pasal ni hari Ahad lepas balik sekolah. Mak aku cakap doktor call suruh check in hospital esok (Isnin) sebab hari Rabu tu nak operate dah. Aku ni macam terkejut gak ar kan. But, chill. So, hari Isnin tu aku tak pergi lah sekolah sebab nak pergi hospital. Dan malam tu aku tidur kat hospital dengan mak aku.

Nak dijadikan cerita, keesokannya, hari Selasa doktor beritahu aku and mak aku yang operation aku tak boleh nak buat . Terpaksa postpone ke tarikh lain sebab ICU penuh and patient yang menunggu untuk pembedahan pun ramai. Doktor kata, operation aku ni operation yang besar so, doktor kena book dulu bed kat ICU. Kalau ada kosong barulah boleh jalankan pembedahan.

So, hari Selasa tu, aku dan mak aku pun baliklah ke rumah dengan penuh rasa hiba. Hiba sebab tak boleh nak operate lagi. Doktor kata operation tu akan dijalankan pada Mac ini tapi tarikhnya dirahsiakan dahululah.

Ha.. Itu aje yang aku nak ceritanya. Bukan apa pun. Muahaha.

Okay-lah. Anything happens, aku akan story di sini, ya readers, Itu pun kalau aku rajin lah,. Haks XD

Dah, bai. Assalamualaikum semua :)


Thanks for reading this entry ^_^


InshaAllah operation tu akan berjalan dengan lancar. Amin :)
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...