Friday, 3 June 2016

Quote Of The Day #6

Assalamualaikum :')

.

"Be careful of laughing at others for perhaps Allah might forgive their ignorance and not forgive your arrogance."

.

Kita selalu silap ataupun TERsilap.
Kita selalu alpa ataupun TERalpa.
Kita selalu lagha ataupun TERlagha.

Kita pantang boleh nampak kesalahan orang sikit, mesti rasa nak gelak. Bukan gelak biasa-biasa. Tapi gelak terbahak-bahak.
Kita pantang dapat tahu aib orang sikit, mesti nak ketawa. Ketawakan diorang yang empunya aib tu.
Kita pantang dengar keburukan orang, mesti rasa nak gelak kuat-kuat sambil mengata itu ini.

Kitalah tu. Bukan orang lain. KITA.

Aku bukannya nabi.
Aku bukannya ulama'.
Aku bukannya ambiya'.
Aku bukannya ustazah.
Aku bukannya da'i.
Aku hanya insan biasa.
Yang sentiasa buat kesalahan.
Yang ada dosa dan pahala.
Yang diri dipenuhi dengan nafsu dunia.

Aku pernah ketawakan orang.
Aku pernah mengata orang.
Aku pernah keji orang.

Semua tu aku buat bila aku tahu pasal aib orang. Aku tahu pasal keburukan orang. Ataupun kalau aku nampak kesalahan orang. Kadang tu, perkata tu kecil je, tapi sengaja diperbesarkan. Barulah syok gelak-gelak dengan kenkawan.

Tapi sekarang bila aku fikir balik. Bila aku duduk diam-diam dan renung balik apa yang dah jadi kat aku ni, macam... Macam Allah dah balas balik perbuatan aku mentertawakan orang dulu.

Dulu, aku syok sangat ketawakan orang. Tapi sekarang ni, kenkawan aku pulak yang ketawakan aku. Atas sebab yang sangat kecil. Ya, sangat kecil. Diorang gelakkan aku sebab aku buat silap yang kecil je. Lepas tu diorang besar-besarkan.

Perasaan tu sakit sangat. Sangat sakit! Tak tau nak kata macam mana. Yang aku tau sakitlah. Serius, sakit sebenarnya bila ditertawakan orang :'(

So, kepada sesiapa yang suka sangat mentertawakan orang tu, please, I beg you, please buang tabiat tu. Tak elok. Boleh buat orang sakit hati. Boleh buat orang tak puas hati. Boleh buat orang simpan dendam. Aku tau sebab aku pernah rasa perasaan tu u__u

Sakit sangat.

Tolong jangan ketawakan orang, ya? Terima kasih :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Ps: Korang pernah rasa tak perasaan tu?

Post a Comment

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...