Friday, 2 October 2015

Dia Sahabat Dunia Akhirat

Isnin/21 September 2015


Assalamualaikum...

Eh, cer (cuba) baca tajuk, cer baca tajuk. Dia Sahabat Duni Akhirat?? Eh, siapakah itu?
Haa... Mesti korang tertanya-tanya kan? Kan? Kan?

Sahabat Duni Akhirat yang aku maksudkan kat sini bukannya kawan aku. Rakan aku? Bukan juga.. Sahabat? Lagilah tidak! Habis tu, siapa? Siapa? Siapa?

Eh, sabar dulu ya.. Jangan tergopoh-gapah sangat. Kalau kau nak tahu siapa 'Sahabat Dunia Akhirat' yang aku maksudkan tu, boleh tengok gambar kat bawah ni.. Gambar kecil? Boleh klik untuk tengok dengan lebih besar..








TERJEMAHAN: Sebab chat kat atas dalam bahasa Ganu
GAMBAR NI HANYA HIASAN TAPI BOLEH DIAMBIL SEBAGAI IBRAH.
.
Assalamualaikum .... . Sebenarnya dah lama aku nak tegur. Tapi aku takut kau sentap je. Tapi, kali ni aku memang nak tegur.
.
Nak beritahu. Kalau boleh, janganlah pakai pakaian ketat-ketat dan singkat-singkat sangat. Aku bukannya apa, tapi kita kan ada tanggungjawab tersendiri .. Dan tanggungjawab kita tu ialah jaga aurat kita.
Tolong jaga aurat elok-elok .. Kalau anak perempuan tak jaga aurat dia elok-elok, nanti ayah dia yang akan kena siksa di akhirat. Takkan kita tak kesian kat ayah kita, kan? Sebab itulah kita kena jaga aurat kita elok-elok.
.
Memanglah nak berubah tu susah. Tapi kita kenalah kawal diri kita.
.
Perubahan tak perlu sepantas kilat, buat (berubah) perlahan-lahan. Cuba labuhkan tudung .. Longgarkan dan labuhkan baju.
.
Aku bukannya apa. Aku cuma nasihat. Kau janganlah anggap aku ni nasihat kau sebab kononnya, mentang-mentanglah aku ni pelajar sekolah agama .. Aku cuma nasihat sahaja sebab aku takut nanti kena jawab dengan Allah (sebab, kenapa tak tegur kau pakai seksi sedangkan kau kawan aku.) Dan, akhir sekali. Tolong nasihatkan juga adik kau tu. Kau kan kakak sulong .. Kau kenalah beri contoh terbaik untuk/dekat adik kau.
.
P/s: Jangan benci aku. Aku sebagai kawan cuma nasihatkan sahaja. Kalau kau nak cakap apa-apa, beritahu je..
Your sincerely,
______________

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ni aku ambik dari whatsapp, yang kawan aku hantar.. Dia hantar kat group kelas and kiranya aku curi la gambar ni.. Aku masukkan  dalam blog aku ni pun tanpa kebenaran and pengetahuan dia. Hehe..
Takpe lah! Kawanku, halalan toyyiban sudahlah! Aku dah ambik pun.. Dah jadikan entry pun. Kau marah pun tak guna jugak.. Keh keh.. Beside, aku dah 'lupuskan' identiti 'Sahabat Dunia Akhirat' tu. So, don't worry, be happy.

So, sekarang korang dah tahu lah kan siapa 'Sahabat Dunia Akhirat' yang aku maksudkan? Kan?
Dia yang aku maksudkan ialah orang yang hantar chat kat atas tu. kau rasa sesuai tak gelaran 'Sahabat Dunia Akhirat' tu aku beri kat dia? Sesuai tak? Sesuai kan? Kan? Kan?
OK-lah.. So, akhir kata dari aku, tengok gambar kat bawah.



.... YES ....

Kalau aku dapat seorang sahabat cenggini, In Sha Allah, aku janji dengan diri aku, aku takkan lepaskan dia. Biarlah maut sahaja yang memisahkan aku dan dia...

Tapi....
 
Aku masih lagi mencari seorang sahabat seperti di atas. Mungkin ada, tapi cuma bayang-bayang.. Aku harap aku dapat temui pemilik bayang-bayang itu untuk membantu aku menuju ke Syurga Firdaus.. In Sha Allah..

Ceh, ayat kat atas macam sasterawan ape je. Keh keh.. Tapi, ada aku kisah? I really mean it, okay!

Ok-lah, sampai di sini sahaja dulu entry aku buat kali ni. Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang..

Thanks for reading this entry >_<
Post a Comment

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...