Thursday, 1 October 2015

Short story - Apakah Nama Aku?

* Ditulis pada Selasa/7 September 2015


Assalamualaikum...

- Apakah nama aku? -
 
Dia ada nama.
Tetapi dia tak tahu, apakah nama dia?
Dia termenung.
Memikirkan, apakah nama dia sebenarnya.
Lama dia termenung.
Lama dia berfikir.
Tetapi dia tetap juga tidak tahu apakah nama dia.
Dia berjumpa seseorang.
Dan, dia bertanya kepada orang itu tentang apakah nama dia?
Tetapi orang itu langsung tidak mengendahkan soalannya.
Malah orang itu melarikan diri darinya.
Dia tunduk..
'Sebenarnya apakah nama aku?'
Soalnya di dalam hati..
Tiba-tiba ada seekor kambing datang mendekatinya.
Dan bertanya kepadanya, "Bekkk... Kenapa kau di sini? Bekkk.."
Dia berfikir sebentar..
'Adakah kambing itu bercakap denganku?'
'Kalau ya, lebih baik aku tanya kepada dia apakah nama aku?'
Fikirnya di dalam hati.
"Bekkk.. Aku sedang mencari sesuatu. Bekkk.."
Dia berkata...
Kemudian kambing itu membalas, "Bekkk.. Kau cari apa? Bekkk.."
1 nanosaat kemudian...
"Bekkk... Bodoh punya kambing! Kambing mana ada nama. Bodoh! Bekkk.."
Kata kambing itu sambil menanduk kepala 'dia'.
Dia termenung seketika.
Kemudian dia senyum.
Kemudia dia sengih.
Kemudian dia ketawa halus
Kemudian dia ketawa besar.
Dan, kemudian dia senyap.
Dan, hatinya berbisik perlahan.
Oh... Aku kambing rupanya..'


Thanks for reading this entry ^_^
Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...