Friday, 22 April 2016

Apa Yang Aku Kagum Dengan Cerita Upin Ipin

Assalamualaikum :)
.
Apa yang aku kagum dengan cerita Upin Ipin? Oh, banyak sangat! Terlalu banyak sampai tak terhitung dek jemari aku :o Of course la kan? Jemari aku kan ada 10 je. So, kalau terlebih satu tu memang tak boleh nak kira lah -..- K, tak lawak.
.
Disebabkan aku dah tekad untuk update entry banyak-banyak pada hari ini, so terimalah entri ni. Fyi, entri ni merupakan entri ketiga untuk hari ini. Wow! Hebat bukan? Hebat lah sangat --'
.
Apa yang aku kagum dengan cerita Upin Ipin? Let's cekidaut bayi ;D
.
1) Aku kagum dengan Mail sebab walaupun dia budak lagi tapi suara dia dah pecah -.-"
.
2) Aku kagum dengan Jarjit sebab walaupun dia kecil lagi tapi dia sangat pandai berpantun. Yiehaa! Kalah manusia yang menaip ni.
.
3) Aku kagum dengan MeiMei sebab walaupun Mail meluat dengan dia, tapi dia ilek je perasan cantik and bijak and perkara yang seangkatan dengannya ;) Kalo aku jadi macam MeiMei, mesti ramai haters beratur nak kutuk aku. K, fine.
.
4) Aku kagum dengan Uncle Muthu sebab dia boleh ingat semua menu yang ada kat gerai dia >_< Aku nak ingat nama orang sepatah pun susah --"
.
5) Aku kagum lagi dengan Uncle Muthu sebab dia boleh sebut semua menu yang ada di gerainya dengan satu nafas je. Hebat bukan? Aku nak leter adik aku pun tersekat-sekat. Kena sedut oksigen banyak-banyak dulu.
.
6) Aku kagum dengan Kak Ros sebab walaupun dia selalu marah Upin Ipin tapi Upin Ipin still sayang dia. Kakak tersayang la katakan +-+ Kecik-kecik dulu kalau kakak aku marah aku, mesti aku akan sumpah seranah dia habis-habisan. Kalo aku sakit hati sangat, aku akan jerit kuat-kuat lepas tu nangis dalam almari. Teruk kan?
.
7) Aku kagum dengan Ehsan sebab dia boleh chill and relax je makan banyak-banyak walaupun badan dia bolat ngalahkan adik aku yang super bolat tu. Kalau aku la, memang dah bising dah. Tapi bising je lah. Nak insafnya tak pernah pun. -_-
.
8) Aku kagum dengan Ijat sebab dia boleh berkawan dengan budak yang tak bercakap tu. Alah... budak yang selalu buat isyarat tangan tu. Apa entah nama dia aku lupa. Kalo aku jadi Ijat, jangan harap aku nak kawan dengan dia. Nanti aku nak sembang dengan sape time cikgu ngaja kat depan??? Lagi-lagi subjek Idadi 1.
.
9) Aku kagum dengan budak laki yang tak bercakap tapi guna bahasa isyarat tu. K, aku lupa namanya. Aku kagum dengan dia sebab dia boleh pengsan begitu sahaja jika sesuatu yang mengejutkan berlaku. Awesome!
.
10) Aku kagum dengan Opah sebab dia masih gagah lagi buat keje walaupun dah tua bangka. Ok, aku tau statement tua bangka tu tak sesuai dengan opah tapi biar ar, aku nak letak jugak!
Tetiba rindu dengan tok (nenek) and tokki (atuk) aku kat kampung. Dua-dua tengah sakit sekarang ni. Aduss. Lamanyaaaaaa tak jenguk diorang! Rindu ;(
.
11) Aku kagum dengan Tok Dalang sebab boleh main badminton kalah Lee Chong Wei Feng. Anak-anak Misbun Sidek pun kalah dengan Tok Dalang kalau dorang berlawan agaknyalah.
.
12) Aku kagum dengan Upin Ipin sebab diorang boleh share suara yang sama -..-" Selalunya kalau kembar, dorang share muka je, suara tak. Tapi Upin Ipin lain. Memang daebak ar! O_o
.
13) Aku kagum dengan Fizi sebab dia boleh jadi best friend Ehsan yang suka sangat menunjuk-nunjuk kekayaan tu. Sikit-sikit daddy. Anak tunggal la katakan. Kalo aku la, hooo. Memang straight to the point aku akan cakap yang aku nyampah crazy crazy ngan dia.
.
14) Aku kagum dengan Abang Salleh sebab cara dia make-up and jaga kecantikan ngalahkan Kak Ros. Aku pun kalah :( Ah, mencik! Wuuu T_T
.
15) Aku kagum dengan Upin Ipin and the geng sebab pernah jadi lanun and naik kapal macam zaman kesultanan Melayu Melaka dulu-dulu. Mujur tak naik kapal Titanic je.
Bila tulis pasal Titanic ni, tiba-tiba berangan nak bercinta macam hero heroin Titanic gak. Kejar-kejar dalam kapal. Omaioppa!! Insane XD
.
16) Aku kagum dengan Susanti sebab tahu pasal cerita P. Ramlee padahal dia tu bukannya warganegara Mesia pun. Aku pun tak tahu. kekeke.
.
17) Aku kagum dengan Sappy, lembu kepada anak kepada Uncle Muthu sebab dia faham arahan tuannya. Pandai berbahasa Melayu, tuh! Aku meletakkan dua perkataan kepada di situ, ya.
.
18) Aku kagum dengan Upin Ipin dan kenkawan sebab diorang bukan sahaja kawan sekelas malah juga kawan sekampung. Hebat bukan? Aku pun tak boleh beat. Cisss.
Kan best kalo aku sekampung dengan classmates aku. Boleh buat study group reramai. Boleh main reramai. Tak ke best tu?
.
19) Aku kagum dengan adik-adik aku serta abang aku sebab tak bosan tengok cerita Upin Ipin episod samaaaa ja. Aku pun bosan!
.
20) Aku kagum dengan diri sendiri sebab boleh buat entri pasal Upin Ipin padahal aku bukannya tengok sangat pun.
.
K, cukuplah tu 20 sebab. Dah lebam dah jari jemari aku menaip entri ni. Sebelum aku end kan entry ni, jemputlah baca belog aku secara berjemaah, ya. K, arigatou gozamas ^_^
.
.
Thanks for reading this entry ^_^
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...