Saturday, 23 April 2016

Perasaan Aku Pabila Hajat Sudah Tertunai ^_^

Assalamualaikum...

.

Sekarang ni aku sedang berada dalam mood yang gumbira kerana satu daripada bersusun hajat aku sudah tertunai. Weeeee ^_^
.
Hajat apa tu? Alahhh. Hajat biasa-biasa je. Tak vogue sangat pun. Yang pasti aku happy :')
.
Hajat itu ialah.......

.

Alhamdulillah, akhirnya hasrat aku nak memiliki wedges tercapai juga :''D

.

Tadi, selepas balik dari kelas tambahan, terus kakak aku bawak aku ke bandar Kuala Terengganu untuk mencari wedges idaman kalbu budak ketot ni.
.
Mula-mula gi kedai Kasut You dulu sebab selalunya kasut-kasut kat Kasut You ni cantik-cantik. Tapi.... nasib ar jadi budak yang kekurangan citarasa ni. Kalo boleh, satu kedai Kasut You tu aku nak beli sebab kasuts dan selipars-nya semuanya cecantik. (addition s di belakang untuk tanda plural. Manakala addition 'ce' adalah untuk menyatakan kata 'sangat'. Ok, sastera sangat -.-)
.
Lepas gi Kasut You, aku dan kakakku pergi pula ke kedai apaentahnamanyaakutakingat yang terletak bersebelahan dengan kedai Kasut You. Tetapi malang seribu kali malang. Satu jenis kasut dan selipar pun aku tak berkenan. Citarasa tinggi lah katakan. (Tapi tadi tulis kekurangan citarasa --' ?) Dah lah harga mahal crazy. RM275 kot.. Giler ar! Tak pernah-pernah dalam hidup aku pakai barangan yang harganya atas RM150. Barang harga RM100 pun mujur sangatlah kalo aku dapat guna.
.
Disebabkan tak berkenan, so kitorang pi ke kedai seberang jalan iaitu kedai CL-Cleris. Teragak-agak jugak sebenarnya aku nak masuk ke kedai tu, tetapi di atas dorongan kakakku (k, aku guna perkataan dorongan di situ -..-) aku melangkah juga ke dalam kedai itu. Ceh, bajet sastera je ayat :p
.
Kedai CL tu kecik je. So, kasut seliparnya pun sangat sikit hokeh! Aku nak pilih pun rasa malas. Tak berkenan!
.
Then, kitorang pergi pulak ke kedai sebelah kedai CL tu. Kedai tu kedai Cina. Apa entah nama kedai tu, aku tak ingat. Hehe XD.
.
Kat kedai tu, adalah beberapa jenis wedges yang aku berkenan tetapi..... wedges-nya terlalu tinggi. Kalo aku yang 140cm ni pakai wedges tu, terus nampak kerdil je kakakku yang tingginya 150cm tu. Lihatlah betapa tingginya wedges itu.
.
Tak berkenan jugak! Kitorang pergi pulak ke kedai sebelah. Kedai Cina jugak. Kat kedai ni, aku masuk tu, tengok wedges kat bahagian depan je, terus aku kuar. Kenapa? Kerana wedges-nya begitu keyy eyll. Tak berani pulak aku nak pakai. Nanti mesti kena kecam -,-
.
Sebelah kedai kasut Cina tu ada satu butik. Kalau tak silap aku nama butik tu ada "la-la" gitu. Alah.. Lupalah! Aku ni semua benda nak lupa! Susah sangat nak ingat satu-satu benda tu. Wuuu T_T
.
Disebabkan aku ni jenis yang "La ta'kulu ssaman" so, aku masuklah ke dalam butik tu. Bila masuk je, terus aku rasa cam, "Wow! Cantik gile!" Siyes kagum.
.
Bukannya sebelum ni aku tak pernah masuk butik. Pernah je. Tapi kalo aku masuk pun tak adalah aku nak "wow" "wow" sangat. Tapi yang ini.... Impressed!
.
So, aku dan kakakku pun survey survey lah baju dan dress di situ. And dalam banyak-banyak dress kat situ, ada satu dress ni, aku berkenan sangat! Dah lah kainnya lembut, pattern-nya pun cantik, harga pulak fuh! Tertelah air liurku. Murah! Hehe XD
.
Aku dan kakakku tengok-tengok je dress kat situ. Tak beli pun sebab tak bawak duit yang banyak. Tapi, kitorang plan nak beli dress kat situ untuk raya. Yeay! ^_^
.
Ok. Stop lah pasal butik tu.
.
Lepas kuar dari butik tu, aku dan kakak aku ke kedai Kasut You sekali lagi. And sekali lagi kitorang pusing-pusing kedai tu.
.
Sekarang ni, Kasut You ada buat promosi ke apa entah. Tak pun jualan penghabisan stok.
.
Aku tengok kat kedai tu ada dia tulis "2 pasang RM60" , "2 pasang RM80" dan "2 pasang RM100". Adakah ini????
.
Tak pentinglah apa pun. Asalkan murah.
.
So.... sebagai seorang perempuan sejati, sudah tentulah aku excited >_<
.
And disebabkan aku ni dari kecil lagi dibesarkan oleh ibu bapa yang sangat mementingkan penjimatan, so aku tak pandang pun wedges-wedges kat "2 pasang RM80" dan "2 pasang RM100" tu. K, tipu. Aku pandang jugak. Siap try lagi. Tapi tak beli pun :p
.
Dah lebih kurang dalam setengah jam jugak aku dan kakak aku duk godek-godek wedges kat rak "2 pasang RM60" tu, akhirnya kitorang berkenan jugak dengan wedges kat situ. Disebabkan 2 pasang dia beri RM60 je, so aku reward la kakak aku sepasang wedges. Ok, terserlah kebaikan aku di situ ;'')
.
Bila dah bayar apa semua and dah kuar dah dari kedai Kasut You tu, kitorang pun pulang.
.
Sampai je kat rumah, kakak aku tengoklah bil. And, apa yang mengejutkan ialah harga sebenar wedges kitorang ialah RM69.99. Kalo dibundar jadi RM70. And kalo didarab 2 jadi RM140. RM140 tolak RM60 equal to RM80. See? RM80 kot kitoramg jimat kat situ. (Actually aku ∩__∩). Boleh beli 2 pasang lagi wedges kat rak "2 pasang RM80".
.
Jadi... begitulah ceritanya.. Cerita yang membuat aku tersengih sedbern ke sedbern. (Aku tau aku eja sedbern tu salah :p)
.

.

Kalo korang kata aku ni over and show off sangat. Emm... Entahlah. Aku tak tau nak kata apa. Sebabnya, wedges ni adalah wedges pertama aku. And wedges ni aku beli guna duit sendiri.
.
Selalunya, kalo girls sebaya aku ni (15tahun) kalo nak beli pape mesti guna duit mak bapak. Tapi aku tak. So? Nampak tak perbezaan kat situ??
.
Bukan nak bangga ke hape ke. Tapi, ambillah sikit pengajaran.
.
Hidup ni janganlah sentiasa nak menyusahkan mak bapak. Nak beli itu ini harapkan duit mak bapak je. Duit sendiri tak nak guna -..- Tak ada duit sendiri? Menabunglah! Apa guna orang buat piggy bank kalo tak untuk letak duit (menabung), ye dak?
.
Ok lah. Tak nak emo-emo. Nanti dah tak syok nak update entri.
.
Jadi, terimalah entri ini dengan hati yang terbuka :)
.
Kalo aku, dapat beli wedges dengan duit sendiri pun dah boleh buat aku happy kemain. Nampak tak betapa mudahnya nak buat aku happy? Nanti kalo dah kawen, laki aku tak payah susah-susah nak cari idea untuk buat aku happy. Just teman aku shopping je. Duit pun takyah wat kuar. Mudah kan? Meheheh XD
.
Tapi aku tak nak laki yang macam ni. Aku nak laki yang manis. Sesuailah dengan aku yang sangat manis ni. Yeah ;'')
.

.

.
Nah aku hadiahkan gambo wedges yang aku beli tadi. Simple je, tapi cukuplah buat aku rasa happy :)
.
"Barang yang murah dan simple tapi kalo ada sentimental value dah cukup untuk buat kita rasa happy." Kan?
.
K, bai bai :'D

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...