Friday 22 April 2016

Cerita Masa Darjah 6 Dulu

Assalamualaikum semua :)

.

Dulu kan masa darjah 6 mesti ada extra class kan setiap kali selepas waktu sekolah. Selalunya, lepas habis sesi PdP, pihak sekolah akan bagi masa selama 20 minit untuk students solat dan rehat. Tapi aku tak solat pun. Ngade nak solat kat rumah. Almaklumlah sekolah dengan rumah tak sampai 1km pun. Jalan kaki pun sampai. And aku pun tak rehat jugak sebab tak tahu nak makan apa. Aku tahan lapar kot selama 2 jam lebih. Akibatnya, ketika di form1, aku telah di-diagnosis menghidapi penyakit gastrik. Padan muka! Jom ramai-ramai sorakkan aku. Booo ketot, booo
.
So, pada suatu hari ni, nak dijadikan cerita, cikgu Math aku anjakkan kelas yang asalnya kul 2.00 p.m jadi kul 3.30 p.m . Oleh sebab ada banyak masa terluang di situ, jadi pulanglah aku ke rumahku.
.
Tetapi aku pulang ke rumah, bukan pulang lenggang kangkung je. Aku membawa sekali amanat seorang kawan. Amanat hokeh! (Sebenarnya dia tu anak kepada sepupu aku. Tapi sama umo dengan aku.) Nama pemberi amanat itu ialah Azmida Zameera. Tapi aku panggil dia Meera je.
.
Meera amanatkan aku untuk gitau kat mak dia supaya ambil dia kat sekolah. And aku bersetuju dan berjanji untuk menyampaikan amanat itu kepada orang yang sepatutnya.
.
Maka bergembiralah Meera dengan janjiku.
.
Tetapi malangnya, aku terlupa untuk menyampaikan amanat itu..... *baca dengan ton yang sayu
.
Bila aku ke sekolah kul 3 pm tu dengan mengayuh basikal, (dulu memang semangat nak attend kelas sebab tu kul 3 pm dah pegi. Sekarang ni malas gilos. Dok tau la wakpe) dan tiba di sekolah 5 minit selepas itu, aku nampak dia dengan beruniform sekolah seperti sedang menunggu seseorang di gazebo di dalam sekolah dan keadaanya ketika itu begitu berserabai. Oh! Baru aku ingat yang dia suruh aku pesan kat mak dia supaya ambik dia kat sekolah. Tapi aku TERlupa!!!! Baca banyak kali TER tu.
.
Kesian sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Dengan tak terurusnya. Rambut dah kuar dari tudung dah masa tu (budak darjah 6 kannn). Dicampur pulak dengan perut yang dah menjerit mintak diisi. Serta merta hati aku rasa hiba sesangat kerana telah mungkir janji tanpa sengaja. So, cepat-cepatlah aku mintak maaf dengan Meera tu. Mujurlah dia maafkan aku. Thanks Meera :) Ai lep yu <3
.
Dan, sesi pembelajaran bermula dan berlalu seperti angin-angin sepoi bahasa di musim el-nino.
.
Lepas dah habis kelas and nak balik ke rumah, sekali lagi dia berikan amanat kepadaku. Amanat yang sama untuk orang yang sama. Dan kali itu memang aku janji sungguh-sunggub untuk sampaikan amanat tu. JANJI!
.
TAPI... sekali lagi aku lupa. Balik je rumah, terus bukak tudung saji. Ambik pinggan, isi nasi dan lauk and melantak tak ingat dunia like a boss sekaligus lupa terus dengan amanat yang telah diberikan.
.
Masa berganti...
.
Dalam kul 6.30 pm camtu, aku nampak Meera balik rumah dia (sebenarnya rumah atuknya. Dia tinggal dengan atuknya) dengan menunggang motosikal. Masa tu dia dah pandai tunggang motor, tau. Aku je sampai sekarang masih lagi berharap dengan orang. K, fine :p Serta merta aku teringat akan janjiku kepadanya. And serta merta juga aku rasa bersalah. Masa tu memang dah cemas dah so aku cepat-cepat naik atas rumah and buat-buat tak tahu. Aku just tengok-tengok melalui tingkap rumah je. Aku tengok Meera nangis. Wuuu. Aku pun rasa nak nangis jugak T_T Sorry Meera sebab TERmungkir janji :(
.
Kalau boleh putar masa, aku nakkk sangat balik ke tahun 2013 dan sampaikan amanat Meera tu kepada mamanya. Serious, sampai sekarang aku rasa bersalah.
.
Banyak kali jugak aku mintak maaf dengan dia tapi respon dia macam "Em em, ok". Wuuu.. Sadisnya T_T T_T
.

.

.
Dedikasi untuk Meera :-
~ Meera, aku nok mintok maaf sebab dok kabo ke mok mung suruh ye ambik mung kat koloh. Aku tau aku saloh. Tapi aku bukan sengaja. Aku dok ingat. Manusia ni kan pelupa. (sempat lagi tu nak bela diri) Aku harap mung maafkan aku. Eyh? Aku sayang mung! Munglah antara anak sepupu dan kawan yang terbaik hok pernoh aku ade :) I love you <3

.

.

.
So, the conclusion is, silalah tunaikan amanat orang. Jangan tangguh-tangguh. Jangan tunggu-tunggu. Lagi-lagi kalo korang ni jenis yang pelupa macam aku. Nanti kalo dah jadi macam kes aku ni, tak tau lah nak buat apa. Mintak maaf pun macam dah tak guna je sebab nasi dah jadi bubur. Ok, bonus mark untuk aku sebab ada peribahasa di situ.
.
Satu lagi, kalo dah tau diri tu bersalah, cepat-cepatlah minta maaf. Kalo dia nak maafkan ke tak ke, tu hak dia dan bahagian dia. Yang penting, kita dah mintak maaf. Ok?

.

.

.

Thanks for reading my story :)

.

.

Silalah usha-usha gambo di bawah.
Aku tau aku gelap tapi janganlah kutuk aku. Ni gambo masa darjah 5 tahun 2012. Zaman kegelapan menghuni wajahku sebab masa ni aku sangat aktif hoki ^_^ Sekarang ni aku dah form3. Dah cerah sikit sebab tak aktif sukan langsung! (Badan pun dah bertambah gempal.) Tak caye? Cuba tengok teacher aku yang buat 'piss' tu. Masa ni dia umo 19 tahun ok. Budak-budak lagi. Tapi kalo korang tengok betul-betul gambar ni pun korang tahu yang gambo ni time kanak-kanak ribena. Muka memasing cam haremm. Nampak sangat tak ke-mumayiz-an kami di situ. Kami mewakili rakan-rakanku.
.
Masa ni berat aku 19kg. K, saje je nak gitau. Tinggi pulak 130cm lebih je. Tak pun 130cm je. Ketot! Takpe. Ketot tak semestinya tak cantik :p
.

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...