Friday, 12 August 2016

Menghargai Budi Kakak

Assalamualaikum semua :')

.

Like I have said in my privious entry. I have a sister, a brother and two younger brothers. You can read the entry here.

So, this entry is about my sister, of course. Tajuk pun 'MENGHARGAI BUDI KAKAK'. Perkataan kakak itu sengaja di-bold-kan untuk memberitahu kepada umum bahawa aku mempunyai SEORANG KAKAK sahaja. No more.

Oh, ya. She's single. But not available. HEHE.

Ok. Ok. Tak nak melalut di pendahuluan. So, let's start the story now.

Seperti biasa, every Thursday, Friday and Saturday mak aku memang takde kat rumah sebab dia jaga tok and tokki aku kat rumah tok and tokki aku la kan? Tak kan rumah Hisyamuddin Tun Hussein Onn pulak. Ok, tak lawak.

Selalunya mak aku akan pergi sana petang Khamis dan balik rumah petang Sabtu. Kakak aku yang hantar dan ambil mak aku.

Kebiasaannya, bila mak aku pergi sana, abang dan adik-adik aku pun akan ikut pergi dan tidur kat sana jugak. So, tinggalah aku, kakak aku dan ayah aku kat rumah. Aku dan kakak aku memang tak pergi menginap kat sana sebab aku ada kelas tambahan every Saturday. Kalau pergi pun, pergi pagi Jumaat lepas tu balik rumah petang Jumaat tu. Tapi untuk hari ni tak sebab aku ada extra class subjek Sains harini. Sigh! Penat! Lambat lagi ke penyiksaan ni nak tamat?

Ok. Itu bukan point lagi. Baru pendahuluan. Ini baru nak masuk point.

Bila mak aku takde, sudah menjadi lumrah untuk kakak aku ambil tugas mak aku untuk memasak. Memasak pun bukannya makanan berat-berat. Lauk ikan patin masak tempoyak bagai. Lauk simple-simple je se-simple Simple Yana by @yana.lee . HAHA. Apa yang aku mengarut ni --'?

Minggu lepas, kakak aku masakkan mee goreng untuk breakfast pada hari Jumaat. Disebabkan kat rumah ayah aku ni takde orang, so memang kerja aku la untuk habiskan mee goreng tu. Sebenarnya, aku bukan ikhlas sangat pun habiskan semua mee goreng yang dia masak. Just for appreciating her (betul ke aku eja appreciating tu?). Ialah. Dia dah masak susah-payah kat dapur tu (kalau nak compare dengan aku la yang masa tu tengah tengok opening sukan olimpik Rio De Jeneiro), so I, as her younger sister perlulah menghargai usahanya itu. Mujor gok ye mmasok sedak.

And for last night, she cooked nasi goreng for us. Plus ikan goreng. Ikan tu nama apa aku tak tau. Melisa kot. Sebab ikan tu pakai contact lens hijau. Hemmm. Eh, apa yang aku mengarut ni --'?

And, again. For appreciating her effort, so I have/need/must eat the nasi goreng dengan banyaknya sampai kembung perut. Bayangkan, makan nasi goreng pukul 9 malam. Banyak pulak tu! Mujurlah sedap. Kau rasa? Memang naik la jisim aku nanti.

Aku mengaku aku memang seorang yang kuat makan. Tapi aku makan dalam portion yang sederhana sahaja TETAPI kerap. Bukannya makan dalam portion yang besar DAN kerap. Itu memang menyumbang kepada obesiti tu. Naya je!

And one more thing, aku tak boleh makan banyak-banyak lagi-lagi nasi sebab nanti perut aku akan kembung macam ikan buntal. Seksa kau tau tak bila perut kembung macam tu. Rasa macam nak meletup. Pum! Masa tu memang rasa nak baring je sebab tak larat nak usung perut yang macam 3 bulan mengandung. Walhal baru beberapa minit diisi dengan nasi. Tapi, kalau baring kan rasa bersalah pulak sebab menyumbang kepada kegemukan yang tidak diingini terutamanya di bahagian perut dan paha. Berat pun bertambah. But, thanks Allah sebab berat aku jenis yang statik je sepanjang zaman from aku form1 till now. Tapi bulan lepas berat aku turun 2kg dan statik sampai sekarang. Hemmmm...

So..  To all sisters yang rajin memasak dan mempunyai adik yang rajin menghabiskan makanan yang korang masak tu, hargailah dia. It's very hard to find a girl like them and me tau. Sebab girls zaman sekarang memang jenis yang menjaga badan dengan diet tak seimbang.

And one more thing, kakak aku patut bersyukur sebab ada adik macam aku yang sentiasa kata masakan dia sedap sebab memang sedap pun. Juga sudi menjadi pekerja tetap tanpa gaji menghabiskan makanan yang buat muka kesian minta dihabiskan.

Sekarang ni kan, aku rasa kan, para suami yang sudi habiskan masakan isteri tanpa merungut cakap terlebih masinlah terkurang manislah itu adalah seorang suami yang SANGAT SWEET! They're hard to find. So, wives, appreciate them. Lelaki ni memang mudah sangat kembang kuncup kalau perempuan hargai dia.

Well......

Oklah. Aku pen off here. Till then guys and gals. Hope to write again soon :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...