Wednesday 25 March 2015

Cerpen : Aishiteru Afik!

Sabtu/21 Mac 2015
Assalamualaikum...
Haiii.. Hari ni aku nak present kan my second cerpen. Bosan punya pasal kelmarin, aku pun tulislah cerpen ni. Alhamdulillah boleh siapkan cerita pendek ni dalam satu hari je. Huhu, happy what?
     Kepada readers yang sudi baca cerpen aku ni, thanks bebanyak! And, since aku ni baru lagi dalam bidang penulisan cerpen ni and umur pun baru setahun jagung so, komen korang amatlah aku alu-alukan. Tak kiralah komen negatif ke, positif ke, aku terima aje. Tapi harap-haraplah dapat komen positif. Hehe
     Ok, lah. Jom baca cerpen aku meh!
.
.
.

 Aishiteru Afik!



            'Mawaddah, I love u!'
            Aku terkedu membaca chat daripada Afik di FB. I love you? Mengarut aje budak ni. Saje la tu nak usik aku. Uish sepupu aku sorang ni. Macam-macam.
            'I love u too, Afik!'
            Aku menekan butang enter. Chat dihantar. Hah, kau nak mainkan aku sangat kan? Meh sini aku mainkan kau. Aku senyum nakal.
            Tidak lama kemudian, satu chat masuk ke dalam inbox message aku. Daripada siapa? Huhu, of courselah daripada Afik.
            'Betul ke ni, Mawar? Kau pun suka aku?'
            Aku ketawa terkekeh-kekeh membaca chat yang dihantar Afik. Adoi la, kau percaya Afik? Kesian...
            'Ahah, aku suka kau. Jom couple!'
            Aku menghantar balasan. Sekali lagi ketawaku meletus. Couple? Kau dah kenapa Mawaddah?
            Tut.. Tut..
            Telefon bimbitku berbunyi. Chat daripada Afik, Aku baca.
            'Jom.. Jom.. Kau panggil aku abang eyh? Bolehlah aku panggil kau sayang.'
            Uhuk! Uhuk! Aku terbatuk. Abang? Sayang? Uwekkk! Nak muntah aku.
            'Oit, Afik! Kau dah kenapa? Abang sayang bagai. Eiii.. Geli aku! Sedarlah sikit. Kita sepupulah!'
            Butang enter aku tekan. Chat dihantar.
            Satu minit... Dua minit... Lima minit...
            Masih tiada balasan daripada Afik. Aku dah mula bosan menunggu. Handphone aku nyalakan dan inbox message aku buka. Apabila terpampang sahaja nama Afik di skrin telefon, terus aku touch pada namanya untuk membuka mesej. Namun, tidak boleh. Sekali lagi aku cuba. Tetap tidak boleh. Afik block aku ke? Aku menduga.
            Aku menaip nama facebook Afik di carian. Dan... Tak ada. Sah! Afik memang dah block aku. Tapi kenapa? Aku gurau je kot.
            Aku log out akaun FB. Contact aku buka dan nombor Afik aku dail.
            Tup.. Tup.. Tup.. Tup......
            Chait! Afik reject call aku? Kurang asam betul! Takpe Mawaddah, cuba sekali lagi.
            Sekali lagi, nombor Afik aku dail. Dan... Sekali lagi juga call aku direject.
            Haih, Afik dah kenapa? Aku call dia reject. Cabar kesabaran aku betul. Memang nak kena ar mamat ni. Takpe-takpe, aku call rumah kau. Kalau kau tak jawab jugak siaplah!
            "Helo, assalamualaikum.." Aku memberi salam perlahan.
            "Waalaikumussalam. Ye, nak cakap dengan siapa?" Kedengaran suara garau di hujung talian. Mesti suara Abang Afnan ni. Ayat skema gila! Haha.. Amboi, Mawar. Sempat lagi kau ya!
            "Abang Af, ni Mawar ni. Abang Af, panggil Afik jap. Tapi jangan cakap Mawar yang call." Awal-awal lagi aku sudah berpesan kepada Abang Afnan.
            "Oh, kejap. Tapi kenapa pulak tak bagi cakap"
            Aduih, Abang Af. Banyak tanya la pulak.. Aku cakap jangan tu ikut aje lah. Tu pun susah.
            "Abang Af...." Aku meleretkan suara seperti memberi amaran.
            Selag beberapa minit, kedengaran suara garau seorang lelaki di hujung talian. Tetapi suara kali ini lain sedikit. Sudah tentu bukan suara Abang Af. Mungkin suara Afik kot..
            "Assa.."
            Belum sempat Afik menghabiskan salamnya, aku terlebuh dahulu berbicaea. Laju macam bertih jagung.
            "Afik, kenapa dengan kau ni? FB aku kau block, call aku kau reject. Kenapa hah!? Yang kau nak terasa sangat kenapa? Wei!!"
            Aku menarik nafas yang sudah tidak teratur. Lenguh juga ya bercakap dengan kelajuan 500km per jam ni.. Baru aku tahu.
            Aku sabar menanti balasan gerangan di talian. Lama menunggu, namun tiada balasan.
            "Afik? Afik!?"
            Aku memanggil Afik di talian. Namun tiada satu suara pun yang membalas. Sekali lagi aku memanggil, "Afik!!? Kau dengar tak ni?"
            Suaraku naik satu oktaf. Geram juga aku apabila bercakap dengan orang 'bisu'.
            "Aduh! Kuatnya suara Mawar. Sakit telinga Abang af."
            Eh. kenapa Abang Af pulak yang jawab? Bukan tadi suara Afik ke?
            "Abang, Afik mana?" Tanyaku dengan suara yang kendur. Takut jugak aku kalau nanti Abang Af jadi pekak dek suara aku. Huhu, ada-ada aje..
            "Lah... Tadi Afik cakap Mawar nak cakap dengan abang. Ni kenapa pulak Mawar tanya Afik?"
            Di sebelah sana, Afnan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa pulak dengan adik dan sepupunya itu. Bergaduh ke diorang?
            "Eh, mana ada!"
            Aku menafikan statement Abang Af yang sudah terang lagi bersuluh salah. Hish, mengarut aje! Buat apa aku nak cakap dengan Abang Af? Takde kerja aku. Afik ni kan, pandai-pandai aje!
            "Pulak? Eh, korang ni dah kenapa sebenarnya? Afik moody sampai mulut termuncung-muncung. Mawar pulak duk cari Afik. Cer story sikit dekat abang."
            Afnan cuba mengorek rahsia. Harapnya dapatlah. Tapi, boleh ke?
            "Takde pape lah bang. Okayla, Mawar nak letak dulu. Kirim salam dekat mak long dengan pak long eyh? Yani pun sama." Sebelum talian ditamatkan, sempat lagi aku mengirim salam kepada keluarga Pak Long. Perkara biasa..
            "Aikk.. Mak long, pak long dengan Yani aje ke? Habis, abang?"
            Adui Abang Af, dah berbual pun nak kirim salam jugak ke? Mengada betul!
            "Ye lah! Abang Af pun sama. Assalamualaikum.." Aku menekan punat merah pada skrin telefon. Talian dimatikan. Kemudian, aku mendail '*124#' untuk melihat baki kredit.
            Fuhh! Nasib je aku buat free tadi. Tak lah habis kredit aku. Kalau tak, sia-sia aje melayang satu ringgit. HUih! Kedekut jugak kau ni ye Mawaddah! Hehe...
            Aku mengerling sekilas ke arah jam loceng di tepi katil. Baru pukul sembilang malam. Tapi, mata ni dah berat rasanya. Ah, tidur dululah.. Hal Afik, lantak dialah. Malas aku nak layan. Nanti okaylah tu.
            Telefon bimbit aku matikan dan aku letakkan di atas meja di sisi katil. Langkah aku hayun ke pintu bilik untuk menutup lampu. Kemudian, aku kembali duduk di atas katil. Lampu tidur di kiri katil aku pasang. Aku berbaring terlentang memandang syiling. Dengan lafaz basmallah, aku mula memejam mata dan melayari mimpi indah.

            "Morning ibu, abah."
            Aku mengambil tempat di sebelah ibu yang sedang menyuap nasi goreng.
            "Morning. Awal bangun pagi ni? Mawar nak ke mana?" Abah mendongakkan sedikit kepalanya untuk memandang aku.
            Ibu mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan, kemudian diletakkan di depanku. Aku pula menuang air teh 'o ke dalam cawan.
            "Mawar nak pergi kampus, bah. Hari ni ada buat group discussion."
            Abah mengangguk perlahan. Dia menyambung kembali suapannya yang terjeda sebentar tadi.
            "Mawar pergi dengan siapa?"
            "Dengan Iqa." Pendek sahaja jawapanku.
            Aku mula menjamah nasi goreng air tangan ibu. Memang sungguh menyelerakan. Baru sahaja beberapa suap nasi masuk ke dalam tengkukku, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah. Pasti Iqa, dugaku. Aku mengunyah laju suapan terakhirku. Tea 'o yang masih berasap aku sisip perlahan. Panas!
            "Mawar pergi dulu ya ibu, abah. Assalamualaikum." Kedua-dua tangan ibu dan abah aku salam. Kemudian, cepat-cepat aku berjalan ke luar rumah. Nanti kalau lambat, naya je kena leter dengan Mak Cik Joyah tu.

            "Assalamualaikum!"
            Aku memberi salam. Heels di kaki aku cabut dan kusimpan di dalam almari. Mataku menjeling ke arah garaj kereta. Aku perasan, kereta Serena pak long ada terparkir elok di situ. Mesti pak long dan keluarganya ada di dalam rumah.
            Baru sahaja aku menapak ke dalam rumah, terus sahaja tubuh genikku dipeluk dek sepupuku, Yani. Mak long pula sudah memanggil-manggil aku untuk duduk di sampingnya.
            "Ha! Tu pun Mawaddah. Meh sini Mawar duk tepi mak long." Mak long menepuk perlahan sofa di sebelahnya.
            Aku hanya menurut permintaan mak long untuk duduk di sebelahnya. malas mahu membantah. Nanti panjang pula cerita.
            "Kenapa mak long tak cakap nak datang?" Aku menyalami mak long. Tanga tuanya aku cium. Kemudian, pipiku pula menjadi tempat mendarat bibir munggil mak long. Kedua-dua pipi gebuku dicium. Tidak cukup dengan itu, dahi aku pula dikuncupnya.
            "Mak long sengaja tak nak bagitahu. Nak buat suprise. Tapi aih-alih datang, suprise-nya tak menjadi." Mak long buat muka monyok.
            "Laa. Kenapa pulak tak menjadi?" Aku mengusap lembut tangan mak long yang menggenggam tangan kiriku.
            "Dah mak long nak buat suprise dekat orang lain, tapi orang lain pulak yang ter-suprisenya. Haha." Mak long ketawa halus. Ibu pula mencebik. Rasanya, mesti ibu yang mak long maksudkan itu. Dugaku.
            "Ohhh.." Panjang harakat pada 'oh' itu. Mulutku bulat berbentuk 'o'.
            Aku mengerling sekilas ke arah Afik. Dia langsung tidak menjelingku. Apatah lagi mahu memandang. Matanya hanya difokuskan pada kaca televisyen yang menayangkan kartun Spongebob Squarepants.
            Afik masih marahkan diriku kah? Takkanlah perkara kecil pun dia boleh terasa sampai macam tu sekali? Langsung tak logik jika difikirkan. Ah, lantaklah! Malas aku mahu berfikir.
            "Kak long, Mawar, Yani, jom teman saya buat minum petang. Yang lain tu, sembanglah dulu." Ibu berjalan menuju ke dapur. Aku, mak long dan Yani pula membuntuti di belakang.

            "Ibu dengan mak long nak masak apa?"
            Aku mengabil tempat di sisi meja. Yani pula duduk di sebelahku. Tudung saji di atas meja aku angkat. Ada beberapa potong kek di bawahnya. Aku pun apa lagi, terus mencapai sepotong kek dan masukkan ke dalam mulut. Makan la!
            "Kitorang tak nak masak. Kitorang nak Mawar dengan Yani masak." Mak long menjawab soalanku.  Ibu buat thumbs up, menyindir! Yani pulak sudah buat muka nak pengsan. Apa-apa je lah.
            "What? Umi dengan mak ngah nak Yani dengan Kak Mawar masak? Yani, mi?" Jari telunjuk Yani lurus ke arah wajahnya.
            "Ye lah anak dara oi. Nak suruh siapa lagi? Korang berdua je anak dara dalam rumah ni." Balas mak long bagi soalan Yani.
            Ibu menuang air masak ke dalam gelas, lalu diminumnya. Mak long pula mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak dari fridge. Yani? Masih lagi dengan muka terkejutnya. Jari telunjuknya masih setia lurus menghadap wajah putih seleputnya itu.
            "Alah umi, mak ngah... Yani mana reti hal-hal dapur ni."
            Yani buat muka kesian meraih simpati. Aku pandang dengan muka jengkel. Apalah anak dara sorang ni. Sengaja la tu nak buat alasan. Bukannya tak reti, tapi malas!
            "Kalau tak reti masak, tolong bancuhkan air. Biar Mawar aje yang masak. Haih, apalah kamu ni. Tak padan anak dara.."
            Mak long sudah mula sesi berleter. Yani buat donno. Dia tunjuk muka tak bersalah.. Hee, geram pulak aku tengok sepupu aku yang ni sorang. Nasiblah kau sorang je sepupu perempuan yang aku ada. Kalau tak, dah lama aku smackdown.
            "Yea!! Ni sayang ni. Dah-dah! Umi dengan mak ngah boleh keluar. Kak Mawar, cepat pergi masak!"
            Yani sudah mula mengarah. Mak long menjeling. Ibu yang malas mahu melayan kerenah Yani yang persis kanak-kanak itu mengatur langkah ke ruang tamu. Tidak lama selepas itu, mak long turut melangkah ke ruang tamu.
            Aku bergerak ke singki untuk mengambil pisau dan papan lapis. Kemudian, aku duduk kembali di sisi meja. Sayur-sayuran di atas meja aku belek satu persatu. Ada bawang, sawi, kubis dan lobak. Em, kalau masak cekodok best jugak ni.
            Aku mengambil beberapa biji bawang dan seikat sawi dari longgokan sayur-mayur. Yang selebihnya aku simpan kembali ke dalam peti sejuk.
            "Yani, tolong ambikkan tepung gandum jap kat dalam kabinet atas tu. Then, tolong basuhkan ikan bilis. Ikan bilis ada dalam fridge."
            Kali ini aku pula yang mengarah. Yani tidak membantah. Dia hanya menurut. Gandum yang diambil dari dalam kabinet diletakkan di atas meja. Kemudian, dia mengeluarkan seplastik ikan bilis dari dalam peti sejuk dan dibasuhnya di singki.
            Aku memulakan sesi mengupas bawang. Sebiji, dua biji, tiga biji bawang aku kupas. Usai mengupas, aku memotong pula bawang-bawang itu. Diikuti dengan sawi. Selesai memotong, aku meletakkan bawang dan sawi ke dalam bakul dan menyuruh Yani membasuh.
            Besen di atas rak aku ambil. Gandum, telur dan air aku campurkan ke dalam besen. Kemudian, aku gaul hingga sebati. Sedikit garam dan gula aku letakkan ke dalam bater. Sekali lagi adunan bater aku gaul.
            "Yani, tolong letakkan bawang, sawi dengan ikan bilis dalam bater." Arahku.
            Yani yang sedang membancuh tea 'o terjeda sebentar. Dia mengambil ikan bilis, bawang dan sawi yang sudah dibasuh di singki dan diletakkan ke dalam adunan cekodok.
            Aku menuang minyak masak ke dalam kuali. Api dapur aku buka. Apabila minyak di dalam kuali sudah agak panas, aku meletakkan sesudu bater ke dalam kuali. Dan diikuti dengan sesudu lagi.
            Sambil menggoreng cekodok, sambil itu juga aku berbual dengan Yani. Sempatlah beberapa topik sensasi kitorang gosipkan. Radio sengaja aku suruh Yani kuatkan. Apabila berkumandang sahaja lagu kegemaran aku dan dia, mulalah kitorang berkaraoke. Bingit jugak satu dapur tu dengan suara kitorang. Sampai ke ruang tamu boleh didengar. Ibu dan mak long hanya menggeleng dengan telatah anak dara mereka          

            "Ha, siap pun masak. Pecah tak dapur tu?" Pak long bersuara menyindir. Mulalah tu. Aku dan Yani cuma buat donno.
            Aku meletakkan pinggan berisi cekodok dan sebotol sos cili di atas meja. Yani pula menuang air tea o ke dalam cawan. Sesudah menuang air, dia duduk di sebelahku yang berhadapan dengan Afik.
            Bukan sengaja ya aku nak bertentang dengan si Afik tu. Tapi terpaksa memandangkan dah tak ada tempat lain. Buat apa aku nak terhegeh duduk depan dia? Dengan muka masam dan mulut yang asyik termuncung sahaja sejak tadi, baik tak payah. Tak handsome plus menarik langsung.
            Aku tengok Afik mendekatkan cawan yang berisi tea o ke bibirnya. Baru sahaja dia minum sedikti air tea o, terus diletakkan cawan itu ke dalam piringnya kembali. Dia mengibas mulutnya.
            'Mesti panas tu. Haha.." Aku ketawa di dalam hati. Senyumku cuba kau sembunyikan. Afik menjeling geram. Abang Af pula dari tadi lagi asyik memandang aku dan Afik silih berganti.

            Aku berjalan-jalan di taman mini di belakang rumahku. Cuma aku seorang sahaja di situ. Yang lain semuanya sedang bersembang di dalam rumah. Afik sahaja aku tidak tahu ke mana. Lantaklah dia.
            Aku menilik bunga-bunga di sekita taman mini itu. Semuanya tumbuh subur belaka. Indah mata memandang. Sudah agak lama rasanya aku tidak mengambil angin di situ. Maklumlah, sejak bergelar seorang mahasiswi dalam bidang kedoktoran beberapa tahun ini, aku mengalami kekangan masa yang agak teruk. Banyak masaku, aku habiskan di universiti. Rumah pula ibarat hotel. Balik untuk tidur sahaja.
            Sedang aku asyik menilik bunga. aku terdengar ada suara seseorang sedang bercakap. Bunyinya seperti sedang merungut sahaja. Namun, butir katanya langsung tidak jelas di telingaku.
            Aku berjalan perlahan-lahan mengikut arah datang suara itu. Tiba di kolam ikan, aku dapat melihat dengan jelas Afik yang sedang melempar makanan ke arah ikan yang sedang berenang-renang. Kakinya direndamkan ke dalam kolam. Oh, kat sini rupanya kau..
            Aku berjalan mendekati Afik. Semakin dekar jarak aku dan dia, semakin jelas aku dengar rungutannya. Cis, tak guna punya sepupu! Sesedap strawberry masak cili aje dia mungumpat aku. Aku ganyang jugak nanti bibir seksi dia tu.
            "Afik! Kau buat apa tu?" Aku menyergah Afik dari tepi. Tangan sengaja aku cekakkan.
            Afik berpaling memandangku. Wajahnya jelas jelas menyatakan yang dia terkeut dengan kehadiranku di situ.
            "Kau buat apa kat sini?" Afik bersuara perlahan, tidak berperasaan. Dia menyambung kembali aktivitinya yang tergendala tadi.
            "Cari kau!" Spontan jawapan itu keluar dari mulutku. Aduih, mulut! Mana ada aku cari dia.. Takpe lah, tipu sunat hari ni..
            "Kenapa kau cari aku?" Afik melakukan aktivitinya seperti tadi. Cuma kakinya sahaja sudah tidak direndam lagi di dalam kolam.
            "Afik, kenapa kau moddy? Kau marah aku ke? Tapi kenapa? Takkan sebab semalam kot? Aku gurau ajelah." Banyak pula tanda soal kau ye, Mawaddah? Biarlah.. Ha, Afik! Jawab, jawab!
            "You know the answer." Usai berkata-kata, Afik bangun berdiri dan terus beredar meninggalkan aku. Bahuku sengaja dilanggar.
            Aku mengejar Afik yang sudah hilang di pandangan mata. Langkah kuatur laju ke dalam rumah. Masuk sahaja ke ruang tamu, terus aku bertanya akan gerangan Afik kepada pak long.
            "Pak long, Afik mana?"
            "Kat luar. Tadi..."
            Tanpa menunggu ayat seterusnya daripada pak long, terus sahaja aku keluar dari banglo dua tingkat itu. Pak long dan yang lain memandang aku pelik. Abang Af apatah lagi. Mesti berbakul-bakul tanda tanya dalam kepala diorang ni agaknya.. Ah, tak payah kisahlah pasal diorang. Yang penting sekarang ni Afik.
            Aku mengambil sandal di dalam almari. Cepat-cepat aku sarungkannya di kaki. Aku lihat Afik sedang mengeluarkan kereta Serena pak long dari dalam garaj. Fu, sempat lagi! Nasib je aku dah pakai tudung. Kalau tak, mesti lambat.
            Aku membuka pintu kereta dan duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Afik yang baru sahaja mahu menekan gear terkejut beruk dengan tindakanku.
            "Weh, kau buat apa ni? Kau turun sekarang!" Afik meluruskan telunjuknya ke wajahku. Aku just buat bodoh. Tali pinggang keselamatan aku pakai.
            "Lol! Aku cakap keluar, keluar lah! Yang kau degil sangat kenapa?" Afik tunjuk muka bengang. Mana tak bengang dia kalau aku cuma buat tak tau.
            "Aku tak nak! Dah, bawak lah kereta cepat."
            Afik buat-buat nak cekik aku macam selalu. Tapi tak cekik pun. Act je lebih! Dia menekan gear dan kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah banglo. Tidak sampai sepuluh minit, kereta Serena pak long sudah gah memacu di jalan raya.
           
            Aku senyap. Afik pun senyap. Masing-masing langsung tidak membuka mulut untuk bersuara. Tidak seperti selalu. Selalunya, kalau aku dan Afik bertembung mata sahaja, pasti suasana akan menjadi riuh. Kami bergilir-gilir meyakat antara satu sama lain.
            Bosan dengan suasana yang sunyi sepi, aku pun membuka radio. Frekuensi 105.0 aku cari. Yah!! Dengar Hot FM duluan kita.
            Baru sahaja lagu Senyum nyanyian Aziz Harun berkumandang, terus sahaja ada satu tangan menutup radio. Tangan siapa lagi kalau bukan Afik.
            Aku menjeling geram. Radio yang sudah bisu aku buka kembali. Tapi sekali lagi ditutup oleh Afik. Aku membuka lagi radio. Kali ini jariku, aku tidak larikan dari punat radio. Afik yang berura-ura mahu menutup radio tidak jadi menutup apabila melihat jariku masih di punat.
            "Sentuhlah jari aku kalau kau berani!" Aku bersuara memberi amaran. Berani Afik nak sentuh aku? Huh, kalau dia buat, memang mati dia aku kerjakan.. Afik mencebik tidak puas hati.
            Setelah agak lama jariku berada di punat radio, aku jatuhkan juga jari aku. Bahuku, aku urut. Lenguh juga ya. Haish...
            Belum sempat aku meletakkan jari aku di punat radio kembali, aku lihat jari Afik sudah landing habis di situ. Radio juga sudah kembali bisu seperti awal-awal tadi.
            Kali ini aku pula yang memcebik. Kurang asam jawa extra betul kau ya, Afik! Pantang dapat peluang, cepat aje kau. Aku memeluk tubuh. Kepala kupalingkan ke luar tingkap. Bosan betul duduk dalam keadaan macam ni. Sunyi je takde hiburan langsung..
            Kereta masih bergerak laju di jalan raya. Aku tidak tahu ke mana Afik hendak membawaku. Jalan yang dilalui juga tidak aku kenali. Well, aku mana ada kereta. So, tak taulah pasal selok belok jalan raya ni. Sebenarnya, bukan setakat takde kereta aje, pandu kereta pun tak reti. Adoi, kolot betul kau Mawaddah!
            Sudah berapa kali aku menguap pun aku tak tahu. Yang aku tahu aku nak menguap je. Mengantuk gila. Mana tak-nya, suasana sunyi aje. Confirm-lah mengantuk.
            Dek kerana rasa mengantuk yang amat sangat, aku sendiri pun tak sedar bila dan berapa lama aku tidur. Sedar-sedar aje bila dah sampai di destinasi yang dituju. Itu pun selepas dikejutkan oleh Afik. Kalau tak, aku pun tak tau lah..
            "Mawar, bangunlah! Kita dah sampai ni." Afik mematikan enjin. Tali pinggang keselamatan dia buka. Aku di sebelah, dikerling.
            'Masih tak bangun? Heee, kau ingat aku laki kau ke nak suruh kejut banyak kali? Kalau nak sangat, kahwin aje lah. Ni, banyak songeh pulak. Sepupulah, itu lah, ini lah. Banyak aje alasan kau.' Afik mencebik di dalam hati. Mengumpat aku!
            "Mawar, bangunlah. Kita dah sampai ni." Sekali lagi Afik cuba megejutkan aku. Namun masih seperti sama.
            Hei.. Mawaddah, kau memang mencabar kesabaran aku lah. Nasib je aku sayang kau. Kalau tak, dah lama aku tinggal kau dalam kereta ni sorang-sorang.
            "Sayang, bangunlah.. Kita dah sampai ni. Kan, abang cium kan..." Afik menepuk perlahan bahu sepupunya a.k.a aku. Dia senyum sumbing. Sayang? Abang? Kau dah kenapa Afik? Naya je nanti kalau Mawar dengar. Huhu!
            Aku menggeliat perlahan. Jariku menenyeh-nenyeh kedua-dua belah mata kiri dan kananku. Afik di sebelah aku pandang.
            "Sorry..." Entah kenapa, tetiba je aku tercakap sorry. Apa salah aku?
            "Takpe..."
            Afik senyum segaris. Kacaknya!! Eh, kau dah kenapa Mawar? Mengigau ke? Tetiba je puji mamat tu kacak. Selama ni bukan main lagi kau kutuk dia.
            Dua saat aku pandang wajah dia, cepat-cepat aku kalihkan wajahku ke depan. Haii, kenapalah degan aku hari ni? Afik, please jangan senyum macam tu. Nanti runtuh jugak iman aku ni.
            Aku buat-buat betulkan tudung. Control ayu. Afik yang melihat, pantas sahaja mengeluarkan cermin dari dalam dashboard dan diserahkan kepadaku. Aku pula apa lagi sambutlah.
            "Eh, Afik. Kau panggil aku sayang ke?"
            'Erk? Kenapa dia tanya soalan macam tu? Dia sedar ke aku panggil dia sayang?' Afik mula gelabah tapi cepat sahaja dia control.
            "Eh, mana ada. Mengarut aje kau. Kau mimpi kot. Aku mana boleh panggil kau sayang. Kau kan geli." Ada nada sindiran di situ
            "Tapi tadi..."
            "Dah lah. Cepat-cepat! Kan aku kunci kau dalam ni kan." Afik bersuara mengugut. Cermin mata hitam dia capai. Dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
            "Ye ke? Tapi tadi... Ah, mungkin aku salah dengar kot.."
            Cermin aku simpan kembali di dalam dashboard. PIntu kereta aku buka. Aku turut melangkah keluar. Afik yang sudah agak jauh berjalan di hadapan aku kejar..

            Afik mendepakan tangannya menghayati bayu laut. Aku di sebelah memandang jegkel.. Tudung yang asyik 'berkibar' ditiup angin aku pegang..
            Aku turut menghayati sang bayu yang bertiup. Ahh, best-nya! Dah lama jugak agaknya aku tak datang ke pantai. Adalah dalam tiga bulan. Maklumlah, abah dengan ibu sibuk dengan kerja diorang. Nak datang sendiri memang dalam mimpi ajelah... Thanks Afik.. Kau macam tahu-tahu aje.
            "Afik, kau marah aku ke?" Aku bersuara memulakan bicara memandangkan Afik tidak berkata-kata apa-apa.
            "Kau rasa?" Soalan dibalas soalan. Afik ni memang arr. Suka sangat buat aku tertanya-tanya.
            "Afik......"
            "Aku ingatkan kau betul-betul suka aku. Tapi sebenarnya tak.."
            "Afik,aku gurau aje lah!" Aku melangkah menghampirinya yang tegak berdiri seperti batu cendana.
            "Sampai hati kau tipu aku.." Afik masih dengan nada yang sama. Kecewa!
            "Kan aku dah cakap aku gurau je!" Suara aku sudah berubah ton. Kuat sedikit.. Perkataan 'gurau' sengaja aku tekan. Nak suruh dia sedar sikit.
            "Memanglah bagi kau bergurau.Tapi cuba bayang kalau aku buat benda yang sama dekat kau. Mesti kau rasa geram kan? Macam tu lah jugak yang aku rasa!" Afik berpaling menghadap aku.
            Aku terkedu. Afik tengking aku? Macam tak percaya aje.. Aku rasa macam nak nangis. Tapi aku cuba tahan. Mawaddah, janganlah nangis!
            "Tapi  aku dah cakapkan aku gurau. Aku gurau! Aku gurau!! Tak boleh ke kau maafkan je aku!?" Suara aku makin meninggi. Tapi tak sekuat suara Afik tadi.
            "Tak!!" Suara Afik makin kuat. Tetapi tidak seperti tadi.
            "Tapi kenapa!?" Aku masih tak berpuas hati. Tak boleh ke kau terus-terang je dengan aku?
            "Sebab aku suka kau! Aku ingat masa kau balas chat aku tu, kau pun suka aku. Aku ingatkan aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi rupanya tak!" Ada getaran pada suara Afik..
            Aku sekali lagi terkedu. Apa yang Afik cakap tadi? Afik suka aku? Tapi, aku ingatkan..
            "Aku ingatkan kau bergurau." Suaraku juga turut bergetar. Bergetar kerana terkejut.
            Afik menanggalkan kaca mata hitamnya. Kulihat matanya berair. Afik menangiskah?
            "Perlu ke aku bergurau pasal hati dan perasaan. Dan pernah ke aku bergurau pasal hal ni? Pernah ke hah? Jawablah!"
            Aku menggeleng tanda 'tak' kepada pertanyaan Afik.. Ya! Memang Afik tak perlu bergurau pasal hati dan perasaan. Dan Afik pun tak pernah bergurau pasal hal ni. Langsung tak pernah.
            Afik memegang kedua-dua belah bahuku. Matanya tepat memanah anak mataku. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku berasa gugup. Gugup apabila ditatap seperti itu. Aku melarikan anak mataku apabila anak mata kami bertembung.
            "Pandang mata aku, Mawar..."
            Seperti anak kecil disuruh ibu, perlahan-lahan aku memandang Afik. Atau lebih tepat lagi memandang mata Afik. Pandangan mata kami bertembung. Terasa seperti ada aliran eletrik yang memancar dari mata Afik dan masuk meresap ke dalam hatiku.
            Sungguh! Aku tak nafikan yang aku pun suka Afik. Tapi, aku sedar siapa aku. Aku memang tak sepadan dengan Afik. Sebab itu aku lebih rela memendam perasaan walaupun aku tahu ia sakit. Tetapi, tidak sangka pula yang Afik juga memendam rasa yang sama. Seperti mimpi menjadi realiti.
            "Kau dengar sini.. Nur Mawaddah Syafiqa, aku suka kau. Aku sayangkan kau! Dan aku cintakan kau sepenuh hati aku.. Kalau kau tanya sejak bila, aku tak boleh cakap. Sebab, perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. I don't force myself to fall. I just fall. Fall in love with you. Please accept me as your soulmate. Please.."
            Jantungku berdetak laju mendengar setiap butir perkataan yang meluncur keluar dari mulut Afik. Afik propose aku? Adakah ini mimpi?
            Sesaat.. Dua saat... Tiga saat.. Aku kaku tidak berkata apa. Seperti disampuk sahaja. Hanya mata sahaja yang tepat memanah anak mata Afik. Tetapi mulut terkunci.. Tika ini, biarlah mata sahaja yang bercerita.
            "Mawar, answer me please..." Afik menggongcang perlahan bahuku.
            Aku memalingan wajahku ke tepi. Malu pula rasanya ditatap seperti itu. Mujur sahaja pantai ini tidak ramai orang. Kalau ada pun, paling dekat dalam dua ratus meter dari tempat kitorang berdiri.
            "Mawar...!" Sekali lagi Afik menggoncang bahuku. Kali ini kuat sedikit.
            "Tapi..." Aku tidak tahu mahu jawab apa. Yang keluar dari mulutku hanya tapi.
            Afik menjatuhkan tangannya dari bahuku. Dia berundur ke belakang beberapa langkah. Dalam jarak dua meter , dia memandangku dengan mata yang layu. Pandangannya menunjukkan yang dia kecewa. Tapi, kenapa?
            "Aku tahu kau tak suka aku. Aku tau aku memang tak sepadan dengan kau. Tapi kau tak boleh ke jawab soalan aku dengan jelas. Kenapa mesti tapi? Kenapa? Aku tahu kita ni sepupu. Ya! Kita sepupu.. Tapi tak salahkan kalau kita saling mencintai? Apa ada pada pangkat sepupu tu? Cuba jawab aku!?" Setitik manik jernih jatuh membasahi pipi Afik. Tetapi cepat sahaja diseka dengan jemarinya. Dia tak mahu nampak lemah. Lemah kerana cinta..
            "Afik.." Aku berjalan beberapa langkah medekati Afik.
            "Dah la Mawar. Kalau kau tak suka aku baik kau cakap ajer! Tak payah lah kau tunjuk muka kesian kau tu!!"
            Usai berkata demikian, Afik berjalan laju meninggalkan aku yang masih 'bisu'.Aku berpusing 360 darjah. Langkah Afik yang laju aku kejar.
            "Afik, kau nak pergi mana?"
            "Pergi jauh dari kau. Buat apa aku tunggu kau sedangkan kau langsung tak nak aku." Afik membalas perlahan. Dia langsung tidak berhenti, apatah lagi menoleh ke belakang. Langkahnya semakin laju.
            "Takkan kau nak tinggal aku sorang?"
            Aku masih tak berputus asa. Langkah Afik aku kejar walaupun jarak antara kami sudah bertambah dek kesukaranku untuk berjalan di atas pasir pantai.
            "Ya! Aku memang nak tinggalkan kau. Nanti pak ngah datang ambik kau.."
            Mendengar sahaja jawapan Afik, dengan serta merta langkahku yang sudah bertambah kelajuan itu berhenti. Sampainya hati kau, Afik.. Kau cakap kau suka aku, tapi kenapa kau nak tinggal aku? Afik, apa salah aku? Aku menyeka air mata yang jatuh. Mata hanya memandang langkah Afik yang laju meninggalkanku. Afik...
            'Kenapa kau bodoh sangat hah, Mawaddah? Kenapa kau biar diri pergi tinggalkan kau sedangkan kau tahu dia sukakan kau. Kenapa kau tak beritahu je yang kau pun sukakan dia? Kenapa kau senyap? Susah sangat ke kau nak jujur? Sejak bila kau jadi bisu, Mawaddah? Sejak bila? Nur Mawaddah Syafiqa!!'
            Hatiku berkecamuk hebat. Memang betul apa yang hati aku cakap. Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku tak berterus-terang je? Bukan sesuatu yang susah pun untuk aku cakap. Wake up, Mawaddah Syafiqa! Wake up!!
            Aku nekad. Dengan kekuatan yang entah dari mana datangnya, aku menjerit kepada Afik, "Afik, sampai hati kau nak tinggalkan aku kan? Kenapa kau lemah sangat? Kenapa kau cepat sangat give up? Kau bukan macam yang aku kenal? Kenapa kau berubah!?" Aku menjerit sekuat hati, berharap Afik yang jauh di hadapan dapat mendengar. Langkah kuatur semula untuk mengejar Afik.
            "Untuk apa aku kuat sedangkan aku tau kau tak suka aku. Kenapa aku perlu ambil masa untuk give up sedangan aku tau kau cuma anggap aku tak lebih daripada seorang sepupu." Afik bersuara perlahan. Namun, telingaku masih dapat menangkap butir bicaranya.
            "Siapa cakap aku tak suka kau!? Siapa cakap aku just anggap kau sebagai sepupu!? Tak lebih!? Siapa cakap!? Jawablah!! Kau sendiri tahu kan apa syarat aku kepada orang yang aku suka, orang yang aku sayang dan orang yang aku cinta!! Kau jugak yang complain pasal syarat aku! Afik!!!" Suara aku makin kuat. Langkah aku juga semakin laju sehingga aku sendiri pun tak sedar bila aku berlari. Yang aku tahu cuma aku nak kejar dia.
            "Ya, aku tau apa syarat kau tu. Syarat paling gila yang aku pernah dengar." Di akhir kata, Afik ketawa perlahan.
            "Kalau kau tahu, beritahu aku apa syarat tu.."
            Aku tidak lagi menjerit seperti tadi memandangkan jarak aku dan Afik sudah agak dekat. Aku juga sudah tidak berlari lagi. Cuma berjalan perlahan ke arah Afik. Nafasku tersekat-sekat. Aku termengah menahan penat. Lenguh juga ya berlari di atas pasir pantai?
            "Orang yang kau suka, sayang dan cinta tak boleh suka, sayang dan cinta kau balik. Sebab nanti kau takut kau akan suka, sayang dan cintakan dia lebih dari diri kau sendiri."
            Gulp! Afik tersentak.. Mawar suka aku ke? Orang yang Mawar maksudkan dalam syarat tu aku ke? Aku ke orang yang dia suka, syang dan cinta tu? Aku ke?
            Afik berpusing 360 darjah sama seperti aku tadi. Matanya tepat memandang aku yang sedang dalam keletihan.
            "Mawar..." Afik menyeru namaku perlahan. Matanya masih setia merenungku.
            "Apa?" Aku membalas renungannya. Kulihat anak matanya seperti ingin bertanyakan sesuatu.
            "Kau?"
            Seperti tahu-tahu sahaja apa soalan yang ingin Afik tanyakan, aku terus sahaja 'menyembur' dia, "Ye la bodoh! Kau lah orang tu! Orang yang aku suka, sayang dan cinta tu. Tapi kenapa kau suka aku jugak hah!? Kenapa kau pun sayang dan cintakan aku!? Aku dah cakap tak boleh kan? Tapi kenapa kau degil jugak!!? Sekarang ni aku dah tak boleh hidup tanpa kau lah monyet!! Kalau kau tinggalkan aku, siaplah kau!!"
            Afik terkedu, terkejut, terpana, terkaku dan bermacam ter lah dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Tidak sangka pula dia, cinta hatinya akan membuat pengakuan sebegitu. Siap panggil monyet lagi. Sweet jugak kau ni eyh, Mawar? Tak sangka aku, hehe..
            "Betul ke ni? Kau tak bergurau kan?" Afik masih agak was-was. Takut juga dia kalau dipermainkan.
            "Perlu ke aku bergurau pasal hati dan perasaan. Dan pernah ke aku bergurau pasal hal ni? Pernah ke hah? Jawablah!" Aku mengulang balik soalan yang Afik ajukan kepadaku tadi. Dan Afik pula mengulang jawapan yang aku berikan kepadanya. Dia menggeleng perlahan.
            "So?" Aku mengcekak pinggang.
            "Jom kahwin!"
            Sekarang aku pula yang terkedu. Kahwin? Kau dah gila?
            "Neomu micheoso? (Kau gila)" Ambik kau, dah keluar pun bahasa Korea aku. Main-main lagi dengan anak Korea celup ni.
            "Sorry, aku tak faham bahasa Korea. Tapi aku memang dah gila. Gila sebab kau!" Afik berjalan mendekati aku.
            Aik.. Tadi kata faham. Tapi tau pulak dia apa aku tanya. Pelik betul!
            "Eh, Afik. Jom balik!"
            "Alah.. Cepatnya! Jom lah main air pantai dulu." Afik buat muka manja. Mengada-ngada betul!
            "Malas aku. Kau mainlah seseorang.." Aku menguis-nguis pasir pantai dengan kaki. Control ayu gitu.
            Afik mengecilkan matanya. Dia berjalan dekat denganku. Aku yang melihat mula rasa gerun. Kau dah kenapa Afik?
            Afik semakin dekat. Setapak dia meuju ke arahku, setapak juga aku mengundur ke belakang. Jantungku sudah berdegup lain macam. Tiba-tiba, dia menarik pashmina yang sedia terbelit di kepalaku. Kakiku yang bersarung kaki pula dia pijak. Lidahnya dijelirkan.
            Ahh, Afik! Kalau tak buli aku tak sah. Aku pandang dia yang sedang menjelir lidah. Geram pulak aku tengok. Kecil besar kecil besar aje aku nampak dia sekarang ni.
            "Afik! Kau ni kan!" Aku berlari mengejar Afik yang sudah jauh di hadapan. Haih, memang nahas kau aku kerjakan.. Tengoklah!

      "Umi, walid, mak ngah, pak ngah.. Kitorang nak kahwin!"

Dan...

            Mak long menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian ke jari manisku. Dia tersenyum simpul. Aku pun sama. Hehe..
            Semua yang hadir pada majlis pertunangan aku mengucap syukur. Afik juga tidak ketinggalan. Dapat kulihat dia yang sedang tersenyum lebar di penjuru ruang tamu banglo dua tingkat ini. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia gembira.
            Aku juga sama sebenarnya. Aku pun rasa gembira jugak dengan hubungan kitorang sekarang. Walaupun baru sahaja bergelar tunang, tapi entah kenapa aku rasa agak lega kini. Tidak seperti tadi, gemuruh aje memanjang!
            Heee... Tak sabar rasanya nak nikah. Mesti best! Huhu.. Aku mula berangan-angan. Hesh Mawaddah, kenapa gatal sangat kau ni? Entah, aku pun tak tahu!
            Kulihat tetamu yang hadir sudah beransur ke halaman rumah untuk majlis makan-makan. Tidak ramai mana pun yang dijemput. Cuma saudara-mara, kenalan rapat dan jiran-jiran sahaja yang diundang. Majlis pula buat kecil-kecil aje. Bukan tak mampu or kedekut, tapi sengaja aku suruh ibu buat majlis yang simple. Buat apa nak besar-besar, tunang aje kot. Bukannya kahwin.
            Cincin yang tersarung elok di jari aku tilik. Cantik jugak eyh? Kena dengan cita rasa aku. Pandai Afik pilih. Ni sayang lebih ni. Muahh! Muahh! Amboi..
            "Oit, buat apa tu?" Afik datang menegur aku yang masih duduk di atas pelamin. Tika itu hanya kami berdua sahaja di ruang tamu. Yang lain sudah lesap entah ke mana. Mungkin makan kot.
            "Cuci pinggan! Sibuk aje." Aku menjeling Afik yang sedang tersengih-sengih macam kerang terlebih busuk. Entah pape!
            "Oh, ye ke? Ingatkan duk sidai  baju tadi." Afik masih tersengih-sengih. Geram pulak aku tengok.
            Aku buat donno. Cincin di jari masih aku tilik. Malas aku nak melayan kerenah si Afik.
            "Cantik sangat ke cincin tu sampai tuan dia pun tak nak pandang?"
            Aku mengangkat wajahku. Mata sengaja aku kecilkan.
            "Hish, sibuk ajelah kau ni. Dah lah, pergi! Pergi!" Aku menolak tubuh tegak Afik yang sedang berdiri di depanku. Tapi dengan kudrat sebesar zarah yang aku ada, apa sangatlah yang jadi? Tubuh Afik langsung tak bergerak!
            "Hish, kau ni. Tak sporting langsung! Aku baru je nak sembang, dah halau." Afik berpeluk tubuh. Dia tunjuk muka tak puas hati. Ada aku kisah?
            "Whatever.." Aku kembali menilik cincin di jari. Masih tak puas-puas!
            "Eh, Mawar. Tak sangka pulak kan kita dah tunang? Eiii, tak sabar rasanya nak kahwin. Nak masuk bilik!"
            Mataku terbeliak mendengar apa yang baru sahaja dituturkan Afik. Nak masuk bilik? Iyyu, tak senonoh betul!
            "Kau ni cakap pakat lepas je kan? Tak senonoh betul!" Aku buat muka jijik. Afik aku pandang atas bawah.
            "Aku cakap apa?" Afik buat-buat tak faham. Keningnya dinaik-naikkan.
            "Kau cakap nak masuk apa tadi?" Jari telunjukku lurus mengarah kepada wajah Afik. Mata sengaja aku kecilkan.
            "Bilik!" Ringkas dan padat jawapan daripada Afik. Aku jugak yang terbeliaknya. Selamba badak aje dia jawab. Tak pandang kiri kanan langsung. Hish, kalau ada orang dengar ni malulah aku.
            "Hish, kau ni! Tak senonoh gila.. Nak cakap tu pun agak-agak ar."
            "Apa pulak yang tak senonoh? Aku cakap nak masuk bilik je. Bukannya aku cakap aku nak bawak kau masuk bilik. Ha.. Ni mesti kau fikir yang bukan-bukan ni. Kan?" Perkataan 'bawak' sengaja Afik tekan. Dia senyum nakal.
            "Eh, mana ada lah! Mengarut aje kau ni." Aku menafikan tekaan Afik. Walhal memang betul pun aku fikir yang bukan-bukan. Hehe!
            "Eleh! Tipu lah kau. Kalau tak, kenapa muka kau merah?"
            Aku melekapkan kedua-dua belah tapak tanganku ke pipi. Merah ke pipi aku sekarang ni? Eiii, malunya!
            "Ish, ada je kau ni. Dah la, malas aku nak layan kau. Pergi makan lagi bagus." Aku bangun berjalan meninggalkan Afik dengan pipi yang berblusher kiri dan kanan. Malunya!
            Afik ketawa terbahak-bahak. Sukalah tu dapat sakat aku. Eii, geramnya! Yang kau pun sama Mawaddah. Buat apa la kau pergi tanya soalan yang tak sepatutnya? Kan dah dapat malu.

      Aku berbaring terlentang di atas katil. Mata memandang syiling. Ahh, bestnya dapat baring. Rasa habis hilang lenguh di tulang belulang. Tak sangka pulak aku, buat majlis kecil-kecilan pun boleh dapat penat macam ni. Nasiblah bahagian makan-makan, abah tempah catering. Kalau tak agaknya, mesti habis patah tulang-tulang sendi aku ni nak kemas. Huh, nasiblah jadi anak sulung. Takde abang or kakak nak tolong. Bukan macam Yani... Hai, Jealous pulak aku!
            Aku bangun dari pembaringan. Langkah kuatur ke meja study yang penuh dengan buku-buku. Earphone aku ambil dan aku cucuk pada telefonku. Kemudian, aku berjalan kembali ke arah katil.
            Telefon kunyalakan. Icon radio aku touch. Macam biasa, frekensi 105.0 aku pasang. Dengar Hot FM T'Ganu dululah kita. Aku meletakkan telefon yang bercucuk earphone di atas meja di sisi katil. Badanku, aku baringkan seperti tadi. Ahh, bestnya.
            Suara Deejay El mula kedengaran dari telefon. Pot pet pot pet. "Kepada seme(semua) rakyat-rakyat Ganu hok(yang)  tengah dengar El sekarang ni. Dok(Tidak) pom(pun) hok baru je buka radio tu nak dengar suara merdu bak buluh perindu ey, terima kasih banyak-banyak la neh(ya)?" Aku tersenyum sendiri mendengar bicara Deejay El. Macam tuju dekat aku je ayat yang akhir tu.
            "Macam biasalah kita dari dulu sapa(sampai) lenim(sekarang), bila masuk je jam sepuluh kita pun tukar zon ah. Zon suka-suka kita habis doh(dah). Sekarang kita masuk zom rindu rabak pulok(pula). So, kalu(kalau) sape-sape (sesiapa) hok nok(nak) wish kata-kata cinta, rindu or sayang ke kasih ke, crush ke, tunang ke, dok pom ke isteri, amatlah dialu-alukan."
            Aku mengerling jam loceng yang terletak di atas meja di sisi katil. Jarum jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Patutlah dan masuk zon rindu rabak. Tak sedar pula aku. Ingatkan baru pukul sembilang tadi. Haih, cepatnya masa berlalu.
            "Ni El nak bacakan ucapan cinta pertama dari saing(kawan) kita ni di facebook. Nama facebook ye(dia), Afik Smartish. Budak hot stuff ni!"
            Mendengar sahaja nama yang disebut Deejay El itu, automatik  aku terus meniarap. Afik Smartish? Tu bukan nama FB Afik eyh? Dan, Afik memanglah hot stuff. Aku berfikir sejenak. Volume telefon aku kuatkan.
            "Mari(Jom) kita dengar ucapan saing kita ni. Kata Afik Smartish ni, assalamualaikum El. Sihat tak malam ni? Waalaikumussalam warah matullah. Ambe(saya) sihat je." Deejay El mula membacakan ucapan Afik. Aku pula mendengar dengan teliti.
            "Malam ni, ucapan saya, saya nak tuju dekat tunang saya yang tersayang iaitu Nur Mawaddah Syafiqa yang tinggal di Kampung Teluk Menara tu. Sebenarnya baru je beberapa jam jadi tunang. Hehe." Aku ketawa kecil mendegar ucapan Afik yang dibacakan oleh Deejay El. Adoi, beberapa jam bertunang pun perlu cakap jugak ke? Afik... Afik...
            "Lol, selamat malam! Kat sini, aku nak ucap terima kasih bebanyak dekat kau sebab sudi terima aku walaupun just sebagai tunang dulu. Aku janji akan jadi tunang dan sepupu yang terbaik untuk kau... Hee, tak sabar rasanya nak kahwin. Huhu! Tak aci marah eyh? Mawar, I love you damn so much! Uhibbuki fillah abadan abada... Malam ni mimpi aku eyh? Kepada Deejay El, saya nak request lagu Aishiteru 3 lah malam ni. Nak tuju dekat tunang saya tu.."
            Aku tersenyum sumbing mendengar ucapan Afik. Adoi la sepupu merangkap tunang aku yang sorang ni. Macam-macam! Boleh pulak kau pergi wish dekat radio eyh? Sejak bila pandai dengar radio pun aku tak tahu.
            "Amboi saing kita sorang ni. Siap cakap kau, aku gi(lagi) nge(dengan) tunang ye. Rare guh(sungguh)! Dakpelah, El harap awak dua orang panjang umur, panjang jodoh dan happy sokmo la neh? Kahwin ekgi(nanti) jangan lupa ajak El tekk(juga). Dan, kepada Nur Mawaddah Syafiqa hok jauh di mata tapi dekat di hati Afik tu, jangan lupa mimpikan Afik malam ni deh(ya)? Ekgi kan, sebek(sedih) pulak tunang awak tu." Deejay El ketawa perlahan di akhir katanya. Aku pun begitu. Haish, Deejay El, siap suruh aku mimpikan Afik lagi ye? Tengoklah dulu kalau aku rajin. Hehe..
            "Okaylah, El nak putarkan lagu permintaan saing kita ni. Dengarkan Aishiteru 3 hanya di Hot FM T'Ganu, muzik paling hangat!" Deejay El menyambung lagi bicaranya. Usai sahaja dia menuturkan trademark Hot FM, lagu Aishiteru 3 nyanyian Zivilia pun mula berkumandang di corong telefonku. Aku ikut menyanyikan lagu sambil senyuman tidak lekang di bibir.

Cemburu tanda cinta
Marah tandanya sayang
Kalau curiga, itu tanda ku takut kehilangan
Kalau dekat bertengkar
Kalau jauh ku rindu
Jadi serba salah
Buatku dilema
Tapi aku selalu
Aishiteru...

'Aishiteru Afik!!!!'

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...