Wednesday 18 March 2015

FAKTOR PERBEZAAN SUHU DI KAMPUNG DAN BANDAR

Assalamualaikum...

Fuh!!! Sejuk giler suhu kat rumah aku ni. Almaklum la, rumah kat kampung. Nasib je takde sawah padi macam kat rumah tok aku. Kalau tak memang beku agaknya!

Kalau kat rumah aku, pukul 9:30 pagi macam pukul 6:00 pagi je. Tapi kalau kat sekolah aku, pukul 9:30 pagi, sama je macam pukul 11:00 pagi. Matahari dah naik tegak! Nampak tak kat situ perbezaan suhu dia?? Ehh, jap.. Opps! Lupa nak cakap, sekolah aku tu kat area bandar. Hehe ::>_<::

Kalau kat sekolah, pukul 9:00 pagi tu dah buka kipas. Tapi kat rumah aku ni, nak buka kipas? Huhu, tunggu lepas Zohor lah ye.. Masa tu, baru betul-betul panas!

Hemmm.... Actually, masa aku tengah menaip entry ni, aku tengah kebekuan idea. Tak tahu nak post apa!! Sebab tu la, aku dah termelalut sampai keluar bab suhu tu.

But, since dah keluar suhu-suhu ni, apa kata hari aku post pasal Sains sikit. Hehe! Aku sebenarnya tak pro sangat dalam Sains ni. Tapi still boleh target la! Jangan ingat aku fail pulak!!! Kang tak pasal biru je dahi tu..

Ok lah, malas dah nak intro banyak-banyak. Just, go straight pada agenda di pagi ini #^_^

→_→ FAKTOR PERBEZAAN SUHU DI KAMPUNG DAN BANDAR ←_←

Ramai yang tahu tentang perbezaan suhu di kampung dan di bandar. Suhu di kampung lebih rendah berbanding suhu di bandar. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan malam. FAKTA!

Tetapi tahu ke korang, apakah faktor perbezaan suhu di kampung dan suhu di bandar? Kalau tak tahu, jom scroll ke bawah dan baca .


SUHU DI KAMPUNG

*Suhu di kampung agak rendah kerana :
  -Kampung kebanyakannya dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi.
  -Kawasan kampung terhindar dari kesesakan lalu lintas.
  -Kilang-kilang tidak terdapat di kampung.
  -Kampung kebanyakannya berdekatan dengan sungail, paya dll.
  -Kebanyakan rumah di kampung dibina dari kayu. Hal ini menyebabkan angin dapat memasuki rumah.
  -Terdapat banyak pokok-pokok renek yang mengeluarkan embun pagi dan menyebabkan penurunan suhu.

SUHU DI BANDAR
*Suhu di bandar agak tinggi kerana:
  -Bandar jarang dengan tumbuhan seperti pokok. Hal ini menyebabkan cahaya matahari akan sampai terus ke permukaan bumi.
  -Kawasan bandar sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas. Asap daripada kenderaan menyebabkan berlakunya pencemaran udara sekali gus mendorong kepada peningkatan suhu.
  -Terdapat banyak kilang yang beroperasi di kawasan bandar.
  -Kebanyakan rumah di bandar dibina daripada bata. So, angin tidak dapat memasuki rumah kerana tiada ruang. *Hope faham
  -Bandar tidak terdapat pokok-pokok renek yang mengeluarkan embun.

------------------------------------

☆Sorry kalau entry kali ni tak memuaskan. Sebarang komen amat dialu-alukan.

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...