Wednesday, 18 March 2015

SEBAB-SEBAB SUKA BACA NOVEL

Assalamualaikum...

Kenapa ramai sangat orang yang suka menyindir orang-orang yang suka membaca novel and cerpen? Especially lelaki. Nak tahu jugak kenapa diorang ni suka sangat judge kitorang yg suka membaca ni. Cakap kitorang ni nerd lah. Suka berangan lah. Suka buang masa lah. Kenapa eyh? Pelik lah!

Actually kitorang yg suka membaca ni seribu kali lebih bagus daripada orang-orang yg suka sangat judge ni. At least kitorang isi masa kosong kitorang dengan membaca, bukannya merewang and merayap ke mana-mana.. Pagi-pagi buta tak reti nak balik rumah lagi. Besides, kitorang tak menyusahkan orang lain. 

Mesti orang-orang yg suka sangat judge pembaca-pembaca tegar cerpen and novel ni nak tahu kenapa kitorang suka sangat baca dua benda tu.. Kan? Kalau nak tahu sangat, meh sini aku beritahu. Since aku ni tergolong dalam golongan sebegitu, so aku bolehlah beri pendapat aku.


SEBAB-SEBAB AKU SUKA BACA NOVEL

-Mengisi masa lapang
…Well, novel and cerpen memang dapat mengisi masa lapang. Kalau ada masa free, memang aku akan habiskan masa dengan membaca ajelah! Dengar macam bosan kan? Tapi sebenarnya tak! 

-Menambah ilmu
…Memang tak boleh disangkal, cerpen and novel memang dapat menambah ilmu especially in writing. Sebabnya, ayat-ayat dalam cerpen and novel amatlah gramatis. And, melalui dua benda ni jugaklah aku boleh tahu banyak new words sama ada dalam BM or BI. Tak caye sudah.

…Bila aku cakap cerpen and novel ni boleh menambah ilmu, Org 'bijak' will talk, "Kalau kau nak tambah ilmu, pergi aje lah beli buku nota or rujukan. Buat apa membazir duit beli novel? Takde faedah!" . Ok, aku tak nafikan apa yg dia cakap. Memang betul sebenarnya. Tapi, cuba korang sendiri fikir lah, korang ni suka tak baca buku nota or buku rujukan? Mesti tak kan? Aku pun macam tu jugak! Nak baca buku nota yg semuanya berkaitan dengan fakta? Memang tak lah! Baru je 5 minit buka, dah tutup. Bosan kot! Kalau baca novel, memang tak lah nak tutup walhal baru 5 minit baca.

-Menambah info & pengetahuan
…Yang ini pun tak boleh sangkal.. Novel and cerpen memang menambah info.. Buktinya, dulu aku langsung tak tahu cara-cara nak jaga muka dengan betul. Hehe •﹏• Tapi lepas baca satu novel ni, baru aku tahu bagaimana cara-caranya. Memang straight to the point author tu beritahu. Bukti lagi, dulu memang aku ni langsung tak tahu apa tugas-tugas seorang arkitek. Yang aku tahu, arkitek ni bina bangunan. Hehe,%>_<% . Tapi lepas baca satu novel komedi romantik ni, barulah aku tahu apa sebenarnya tugas arkitek ni. And, start drpd tu aku terus minat dalam architecting and I wanna be a successful architect when I grow up one day. God will!

…Bila org yg celik IT baca sebab ni, he will say "Pada kau baca novel yg panjang berjela tu, baik kau search je internet." . Ok, org macam ni kalau dia tutur je ayat tu depan aku, memang aku cili gak mulut dia. Habis kau ingat semua org kaya? Ada handphone canggih? Ada laptop and komputer? Rumah ada wifi and broadband? Sesedap kacang soya kau je cakap macam tu. Mentang-mentanglah kaya ~`O`~

-Muhasabah diri
…Yang ni aku tak tahu lah readers lain dapat atau tak, tapi aku memang dapat. Dapat memuhasabah diri! Mesti korang pelik kan macam mana? Ha, actually dalam setiap novel or cerpen memang wajib ada walaupun serangkap kata-kata nasihat. Tipu kalau takde. Dulu, aku ada baca satu cerpen ni. Lupa apa tajuk dia. Dalam cerpen ni memang banyak lah dia letak kata-kata hikmah. Dan writer tu jugak siap tulis lagi dari mana dia dapat kata-kata hikmah tu. And guess what? Dia dapat kata-kata tu drpd YASMIN MOGAHED. Bila baca je nama tu, terus aku on data and search. And bermula pada hari itu, aku adalah salah seorang peminat Yasmin Mogahed. Hiyya -_-!

-Menghilangkan stress
…Kalau kau search internet or tanya sesape je lah, cara-cara release tension, most of them akan jawab, solat, tidur, yoga and pergi pantai or tempat yg tenang. Kat sini, aku bukan nak bangkang jawapan diorang. Betul je. Tapi ni, aku nak beritahu satu lagi cara iaitu dengan membaca novel and cerpen. Memang menjadi! Aku selalu buat. Tapi, kalau nak release tension janganlah gi baca novel or cerpen yg  ber-genre sedih. Kau dah kenapa? Dari nak release tension terus lagi tension + emo + feeling. Org nak release tension, bacalah novel or cerpen yg ber-genre komedi or komedi romantik. Barulah tension tu boleh hilang slow slow. Trust me!

-Menambah kenalan
…Yang ni tak semua readers dapat.. Kalau readers tu jenis yg selalu visit laman sosial like FB, diorang bolehlah tambah kenalan. Macam aku, bila on9 FB, aku akan search for grup kaki-kaki novel. Bila dah jumpa, aku akan join grup tu. Haaa, from there, rakan aku pun bertambah. Bila rakan bertambah, dapatlah aku share novel or cerpen dengan diorang


~Aku rasa, itu je lah sebab-sebabnya. Actually, banyak lagi sebab musabab kenapa aku suka baca novel cerpen. Tetapi dek kerana malas menulis, so aku stop kat sini aje lah. Tata!
😍😉😁😂
Post a Comment

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...