Friday, 6 March 2015

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MUSIM KEMARAU

Assalamualaikum ...

"Uish, panas gile hari ni.. Membakar je rasa kulit ni."

Nampak tak ayat kat atas tu? Nampak kan? Ha! Tu lah ayat yang aku cakap tadi time best-best duk study... And lepas aku lafazkan je ayat tu, terus aku tutup buku then on-kan data.. Apa pasal? Sebab nak buat entry ni la~ Hehe >_<¦¦¦

So, tajuk entry untuk entry hari adalah ...... →Langkah-Langkah
Keselamatan Di Musim Kemarau←

Hebat kan entry aku? Hehe, perasan jap! Ok lah, kalau korang rasa entry aku ni "HEBAT" , scroll-lah ke bawah dan baca *^▁^*

Selamat Membaca Ya Para Reader ∩__∩

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MUSIM KEMARAU

1) MINUM AIR MASAK YANG MENCUKUPI
-Yang ni memang wajib! Tak kira tua muda, asal kau manusia, kau kena jugak minum air masak. Jangan berani-berani buat donno. Nanti kalau badan kau tak cukup air, then pengsan siapa yang susah? Family kau jugak kan?

2) TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG TEBAL
-Kat sini korang jangan salah faham eyh. Tidak memakai pakaian yang tebal bukan bermakna korang kena pakai pakaian yang nipis + jarang ya.. BUKAN! Maksud aku kat sini, korang kenalah elakkan daripada memakai baju yang berkain tebal especially yang warna hitam. Korang faham-faham ajelah pakaian yang berkain tebal tu macam mana... Ambe malas dah nak terang guane mane ..

3) ELAKKAN BERADA DI TEMPAT TERBUKA KETIKA WAKTU TENGAH HARI
- Aku rasa yang ni aku tak payah cakap banyak sangat lah. Korang faham sendirilah waktu tengah hari, panas wooo! Matahari tengah tegak... Heee... Aku pun tak sanggup nak keluar!

4) TIDAK BERIADAH DI WAKTU TENGAH HARI
-Yang ni aku malas nak terang sebab dia hampir sama je dengan yang atas. And, aku bukan larang korang beriadah, aku just tak bagi korang beriadah waktu tengah hari je.. Sebab? Baca balik penerangan aku kat no. 3.. "MATAHARI TENGAH TEGAK" . Tapi kalau korang degil jugak, tengok lah nanti muka korang akan jadi macam arang! Muahahaha!!! (gelak jahat)

5) TIDAK MELAKUKAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
-Pembakaran adalah faktor utama berlakunya kebakaran hutan dan membawa kepada jerebu! Uish, bahaya-bahaya! Kalau korang tanya, "Kenapa pulak? Bukan bakar dekat hutan pun!" Memanglah tak bakar dekat hutan, tapi bakar jugak kan. Silaplah hari bulan, kalau korang tengah asyik membakar tu, tiba-tiba api tu marak. Kau rasa apa yang akan berlaku? Imagine lah sendiri...

6) JANGAN MEMBAZIR AIR
-Yang ni aku paling pantang! Mentang-mentang lah panas, sedap-sedap kau je nak perhabis air tu. Dah nama pun musim kemarau, kenalah jimat air. Nanti kalau loji air nun dah kekeringan air, at least kau boleh lah buat air tu sebagai stok sehari-hari. Apaa daa ...
(NI BUKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Ok lah, otak aku dah tepu untuk berfikir. Ditambah pulak dengan perut yang tak henti-henti merengek. Adoi, sabar pun tak boleh!

P/S: Sorry kalau entry ni tak memuaskan! Aku hanya blogger yg baru hendak bertatih dalam penulisan blog ini. Sebarang komen amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...