Sunday, 22 May 2016

Alhamdulillah, Fatin Liyana Selamat Melahirkan Anak

Assalamualaikum semua :)

Actually aku dah tahu since 3 minggu lepas lagi yang Fatin Liyana dah selamat melahirkan anak. Macam mana aku tau? Mana lagi kalau bukan akaun IG @dr.afl . FL sekarang ni kan dah jarang update belog. Wuuu. Rindunya nak baca belog FL u__u

3 minggu lepas semasa aku stalk IG @dr.afl , aku adalah terbaca satu post yang berbunyi, "Doakan isteriku". Masa ni persoalan tentang "FL dah beranak ke?" dah bermain-main dah dalam minda aku. Disebabkan inquiri yang tinggi dalam diri aku ni, so aku pun bacalah komen-komen kat post tu and memang sudah nyata tak perlu suluh-suluh lagi bahawa FL dah beranak. Masa ni aku pulak yang terasa terlebih excited ^_^ Almaklumlah, pencinta bayi la katakan. Before aku kuar dari IG @dr.afl tu, aku sempat jugak tinggalkan komen. Tapi, korang tak perlu tahulah apa yang aku komen. Eyh? Sebab korang pun memang tak nak tahu T_T

Seminggu selepas itu, aku stalk balik IG @dr.afl untuk tengok manalah tahu kan kot-kot Dr. AFL update gambar anak diorang ke kat IG. Tapi malangnya tak ada apa-apa post baru pun. Post yang paling atas ialah post yang Dr. AF upload minggu lepas iaitu post "Doakan Isteriku". Itu ajelah. Lepas tu, aku try cari kat google. Tapi sekali lagi nasib malang menimpa diri ini. Aku search, "Fatin Liyana Selamat Melahirkan Anak". Tetapi yang keluar, "Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Kedua"-_- Cis... Itu cerita lapuk --"

Then minggu lepas, again aku stalk IG @dr.afl and kali ni aku tak bernasib malang sebab FL ada post pasal anak dia!!!! Wah! Masa tu aku rasa happy sangat. Macam anak FL tu anak buah aku pulak. Padahal kakak abang aku pun tak kahwin lagi -..- Takpe, nanti aku kahwin ;) Aku kan gatal nak kahwin XD

Aku tengok, FL post gambar anak dia (gambar 1) sekali dengan caption yang berbunyi sila rujuk gambar no.2. Masa tu memang bibir aku ni reti nak senyum je sepanjang masa. Happy la katakan. Tu baru happy sebab anak FL dah lahir, belum lagi anak sendiri yang lahir ∩__∩

Part yang aku rasa aku nak senyum sampai hujung bibir kiri bertemu hujung bibir kanan (hiperbola semata-mata) ialah part nama anak FL. Sangat ringkas tetapi maksudnya sangat mendalam dan berat. Ya, berat.

AJDA BINTI ANWAR FAZAL

Ya, teman-teman. Nama anak FL ialah AJDA sahaja. Dan maksudnya ialah YANG BERMANFAAT dalam bahasa Arab dan HELPER dalam bahasa Latin. Betul la kan kataku? Maksud nama anak FL ni berat. Yang bermanfaat :)

For your information, sekarang ni baru aku tau yang ada rupanya nama 'Ajda' kat dunia ni. Serious aku rasa kolot. Nama Maroon 5 dengan Katy Perry tau sangat. Tapi nama Ajda tak tahu. Hemmmmm... *face punch

Kalau korang perasan, anak FL menggunakan binti bukannya bin. Haaa.. Tau tak apa maknanya??

Maknanya, anak FL ialah gegirl :)

Lagilah aku rasa tambah tambah tambah happy + excited. Nanti bolehlah tengok Ajda dan Nadrah main masak-masak sama-sama ^_^

Tadi buka blog FL and tengok FL ada publish new entri about Ajda kat blognya. So, kepada korang yang takde IG dan sangat tertunggu-tunggu tentang berita pasal Ajda ni, bolehlah visit blog FL dengan klik di sini, ya?

To FL and AF, big congratulation to both of you. Semoga korang berdua boleh menjadi ibu bapa yang baik kepada Ajda :) Dapat memberi didikan yang sempurna kepada Ajda ;) Ingat, kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah penghalang dalam mendidik anak.

Aku sendiri pun ada seorang kawan yang emaknya bekerja sebagai DOKTOR PAKAR PEDIATRIK. Dia ada 5 orang adik-beradik, 4 perempuan dan 1 lelaki dan dia adalah anak ke-4. Maknanya dia ada 3 orang kakak dan seorang adik lelaki. Kakaknya yang sulung sekarang ni umur 25 tahun dan sedang berada di tahun akhir dalam course Sains Sosial di UniSZA. Kakak dia yang kedua pulak umur 21, seorang medical student di UCSI, KL. Kakaknya yang ketiga umur 19 tahun dan berada di tahun kedua di UIA dalam course Bahasa Arab. Yang keempat of course lah dia dan yang kelima adiknya yang berumur 11 tahun. Walaupun emaknya seorang doktor yang sibuk, emaknya still boleh didik dia adik-beradik. Paling menarik ialah, diorang 5 beradik sangat rapat dengan mak diorang :)

So, telah terbukti di situ, bukan? Kalau mak kawan aku boleh didik anaknya 5 orang, why not Dr. AFL ? Kan kan?

To Ajda, semoga menjadi anak yang baik. Jadi seorang wanita yang betul-betul solehah. Jadi seorang muslimah sejati. Jadi seorang insan yang bermanfaat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Membesar di alaf 21 ini bukannya sesuatu yang mudah. Apatah lagi kalau tinggal di KL. Apa yang penting ialah iman kena kuat. Kalau iman kuat, datanglah apa-apa jenis dugaan pun, Insya-Allah kita akan dapat tempuh. Tetapi kalau iman tak kuat, wallahualam. Yang tu tak boleh nak kata apa.

.

Ok,lah. Sampai sini je. Bye, assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Kalau tak percaya dengan cerita ni, korang boleh rujuk gambar di bawah :

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...