Sunday, 22 May 2016

Quote Of The Day #4

Assalamualaikum semua :)

.

"Appreciate good people. They are hard to come by."

.

Kalau nak cari orang yang talam dua muka, depan kita dia baik macam malaikat tapi belakang kita dia jahat ngalahkan syaitan, itu perkara yang sangat senang. Ramai je manusia yang macam tu. Nak lagi senang, tak payah cari orang lain, tengok diri sendiri sudah. Try tilik diri sendiri. Kita ni talam yang ada satu muka aje ke, or talam dua muka?

Sentap? Baguslah. Itu maknanya kita sedar akan kekhilafan diri kita dan insya-Allah kita akan cuba untuk berubah. Aku sendiri pun bukannya bagus. Ada banyak sangat keburukan! Tapi takpe, sama-sama kita berubah :)

.

"Appreciate good people."

- Fuh! Susah gila kan? Aku sendiri mengaku yang aku sangat sukar untuk appreciate orang. Tak kisahlah good or bad. Tapi kalau nak appreciate tu, seriously susah.

Kenapa susah?

Sebab kita tak pernah rasa yang orang tu 'cukup' untuk kita. Kita sentiasa tengok pada kekurangan dia. Kelebihan dia kita tolak tepi. Kita buat tak endah je. That's why susah.

One more thing, sebab kita tak pernah nak hargai kebaikan yang dia buat pada kita. Kita tak pernah pun nak berterima kasih dengan pertolongan dia. Yang penting, kita ditolong. Bab hargai dan terima kasih tu kita campak ke Atlantis -,- Sungguh tak bagus. *geleng kepala

.

"They are hard to come by."

*They kat sini dituju khas kepada good people.

Serious aku kata, good people memang susah nak cari dan jumpa. Kalau kita jumpa sekalipun, sekali dia hilang, dia akan terus hilang. Bila dah hilang tu memang dah susahlah nak jumpa balik.

.

"Appreciate good people."

Why?

"Because they are hard to come by."

- Yes. Hard to come by. So, kalau dah jumpa good people tu, please hargai dia. Kalau suatu hari nanti dia dah takde, kita takkan jumpa lagi penggantinya. Seriously sangat susah nak cari pengganti good people ni. One In A Million.

Akhir kata, "Appreciate good people. They are hard to come by." K, bye. Assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entri ^_^

.

Ps: Pesanan untuk diri sendiri jugak yang penuh dengan kekhilafan dan kejahilan u__u

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...