Saturday 21 May 2016

Dia Dirogol Dan Dibunuh Secara Kejam | Pengajaran

Assalamualaikum :)

Tadi aku dapat aatu nesej dari whatsapp pasal gadis Indonesia yang dirogol oleh 3 orang lelaki dan dibunuh secara kejam. Dan mesej ni adalah pengajaran daripada peristiea tu. Bacalah untuk tambah ilmu dan kesedaran :)

***

Tolong panjangkan

Bagaimana adik-adik gadis kita boleh mengambil iktibar...Lihat bagaimana Islam mengajar kita..

Sehari dua ini hangat netizen menangisi kezaliman yang dilakukan terhadap adik Enno Farihah dari Indonesia. Allahuakbar, kejamnya mereka jauh melangkaui batas akal normal seorang manusia..

Bayangkan, sudahlah dirogol, dibunuh dan jauh lebih jijik hampir sebahagian besar batang cangkul dirodok masuk melalui kemaluannya Allahurabbi..

Takutnya memikirkan suasana akan datang.. Entah bagaimana ujian untuk generasi anak2 dan cucu cicit kita.. Semoga Allah menjaga kita dan seluruh zuriat keturunan kita amin..

Justeru, ada baiknya kita melihat dan berpesan kepada diri, dan anak2 gadis yang kita kenali...

1) Berpada-padalah dalam berteman. Apatahlagi yang lain jantinanya.. Islam tidak menegah, namun batasnya harus dipelihara. Jaga pandangan, dizaman serba canggih ini, tutup segala jalan membawa kepada keghairahan. Posing2 maut dilaman sosial, kongsi2 gambar di whatsapp, video call atau apa sahaja yang tidak punya keperluan... Baik laki-laki mahu perempuan, dua-dua Allah sebut dengan jelas di dalam Al Quran,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya …”(Surah An-Nur: 30-31)

2) Jaga aurat dan pelihara dengan sebaiknya.. Kata Allah, “… Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan kerana itu mereka tidak akan diganggu …” (al-Ahzab: 59)

Tanyalah kepada mana-mana laki2, saya percaya, mereka lebih menghormati wanita yang tertutup auratnya dengan sempurna. Bahkan jauh lebih manis dimata mereka.

3) Jaga tutur kata. Buang bicara2 manja menggoda. Berbahasa dengan baik tetapi tegas caranya. Kerana apa? Kerana lenggokan bicara diadun dengan gerakan lentokan badan mampu menaikkan nafsu durjana. Perempuan mungkin rasa ia biasa, tetapi pada laki2 ia bisa mengocak iman mereka.

4) Jauhi berdua-duaan sekalipun ditempat yang terang. Nafsu tidak mengenal malam atau siang. Hari ini bertemu ditempat yang ramai orang, esok2 merindu mahu berdua tanpa ada yang pandang. Ringkasnya, tutup rapat jalan yang boleh mengundang kedurhakaan pada Tuhan..

Bukan sahaja sesama pasangan, bahkan juga ipar duai disisi. Kata Nabi, “Jangan kamu masuk ke tempat wanita.” Mereka (sahabat) bertanya, “Bagaimana dengan ipar wanita.” Beliau menjawab, “Ipar wanita itu membahayakan.” (HR Bukhari).

Jaga anak perempuan jangan sampai jadi penggoda, jaga anak laki2 kita jangan sampai jadi perogol durjana!

Semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu dan kini  baik yang dilakukan secara sedar atau tidak.. Semoga Allah tidak mengkifarahkan dosa kita kepada zuriat dan keturunan kita dan semoga Allah menuntun hati kita dijalan-Nya..

Ya Allah, ampuni adik kami ini dan tempatkanlah dia bersama orang yang beriman!

- (Ulasan panjang boleh dirujuk kitab Fatawa Al Mu'asirah oleh Al Fadhil Syeikh Yusuf Qaradhawi bahagian Hukum pergaulan laki-laki dan perempuan)

Ayuh mencari keampunan Allah,
Kita juga pendosa!

CnP anonymous

***

Zaman sekarang ni macam-macam perkara yang tak diduga boleh berlaku. So, to girls please be aware. Lelaki tak semua baik. Tetapi tak semua lelaki jahat :) To boys pulak, please kuatkan iman korang. Jangan buat wanita macam ni please T_T

Aku harap perkara ni takkan terjadi kat aku dan semua perempuan lain. Serious aku takut dengan kes ni. Kejamnya 3 orang lelaki yang rogol dan bunuh perempuan tu u__u

K, lah. Bai, assamualaikum T_T

Thanks for reading this entry ╯︿╰

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...