Tuesday 24 May 2016

Cherry Blossom | Entri Penuh Emosi

Assalamualaikum and hye, peeps :')

.

Entri kali ni aku nak emo-emo sikit. So, layankan ajelah, ya? Alah, sikit aje pun. Bukannya banyak sangat. Tapi kalau korang rasa banyak dan malas nak layan, dipersilakan supaya tak payah baca entri ni. Ok? Dah, bla! *mulut mucung tanda tak puas hati

***

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku tengok gambar bunga sakura, terus aku rasa lain macam. Lain macam yang tak tahulah nak describe macam mana. Lain macam yang rasa macam lain. Lain macam yang lain rasanya. Lain macam yang macam-macam lain. Lain macam yang lainlah! Yang penting lain. Korang faham tak? Sebab aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Hehe XD

Bila aku tengok gambar bunga sakura, aku rasa lain.
Aku rasa sebak.
Aku rasa aku rindukan something. Tapi aku sendiri pun tak tahu apa mende tu.
Aku rasa macam nak nangis.
Aku rasa tak tentu arah.
Aku rasa resah.
Aku rasa gelisah.
Aku rasa sedih.
Lagi-lagi kalau tengok gambar bunga sakura sambil dengar lagu From The Beginning Until Now dan My Memory by Ryu. Masa tu lagilah emo.

Aku tak tau kenapa aku mesti rasa macam tu sebab aku sendiri pun tak pernah sampai kat negara yang ada bunga sakura ni. Japan and Korea, of course.

Aku pun tak tau kenapa aku mesti rasa macam tu sedangkan aku tak ada apa-apa kenangan pun dengan bunga sakura tu. Ex-pakwe aku pun tak pernah beri aku sejambak bunga sakura merah semasa hari Velentine sepanjang kitorang couple. Ialah, macam mana nak beri kan? Pakwe pun tak ada. Apatah lagi ex-pakwe? Haks XD

But, seriously aku memang tak faham dengan diri aku sendiri. Tiap kali tengok gambar bunga sakura, mesti aku akan rasa macam tu u__u Tu baru tengok gambar, bukan lagi tengok bunga sakura in real life. Kalau tengok yang real punya agaknya camne? Acu pikir jap :/

Hemmmm.... Serious aku keliru dengan perasaan sendiri. Jap nak nyanyi lagu Raja Ema ft. Sleeq jap.

Aku keliru
Aku keliru
Aku keliru
Selalu keliru...

*yang part selalu keliru tu aku reka je.

Tapi, kan..
Bila fikir balik kan..
Aku rasa aku tau la kenapa aku rasa macam tu.. (pulak -_- ? )
Tapi, sorry la sebab aku tak boleh share di sini..
Dan korang pun mesti tak nak tahu kan apa sebabnya. Kan? Ialah, aku ni bukannya Fatin Liyana u__u  By the way, jom baca cerita pasal FL dah selamat beranak kat sini. Hehe XD *sempat lagi tu poromote. Lempang kiri kanan pipi nak?

Ok, back to topic.

To be honest, actually, aku pernah ada sejarah di sebalik bunga sakura tu. Dan url blog ini iaitu ciksakuramerah.blogspot.com juga ada ceritanya yang tersendiri. Tapi bukan pasal bunga sakura. Pasal hal lain. And actually, cerita tu dah lama berlalu. Dah tinggal sejarah dah. Dah jadi parut dah. Tapi, nama pun parut kan? Walaupun dah lama berlalu, tapi kesannya still ada. Apa lagi kalau bukan parut tu? Korang faham tak? Sebab aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Hehe XD

Bila aku ulang baca balik apa yang aku tulis kat entri ni, aku rasa entri ni macam sampah sebab tak ada isi langsung. Aku rasa aku tak patut publish entri ni kat blog aku. Tapi, aku nak publish jugak! Ah, takde. Blog aku kan. So, suka hati aku la  ̄︿ ̄

Dan, aku ni dah kenapa? Dengan diri sendiri pun nak gaduh. Hem.. Cannot brain •﹏•

Ok, lah semua. Terima kasih kerana membaca entri sampah ini :') Walaupun entri ini sampah sahaja, but aku still rasa puas sebab dah dapat keluarkan/luahkan apa yang ada dalam hati aku ni walaupun dalam bentuk yang bercelaru dan sukar difahami. Aku kan seorang yang complicated dan sukar difahami, so penulisan aku pun mestilah kena ada unsur-unsur begitu. Barulah terserlah identitiku di situ. Ye tak?

Ok, lah semua. Terima kasih kerana  membaca entri sampah ini :') Assalamualaikum and bye.. Jangan lupa datang visit belog kita lagi, ya ;)

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

BUNGA SAKURA DI GUNUNG FUJI, JEPUN. Again, rasa nak nangis tanpa sebab π_π Rasa nak lempang diri sendiri. *facepunch. Dush! Dush! (side effect) -_-"

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...