Friday, 4 September 2015

Liga Hoki Premier Malaysia THT vs TNB


 Jumaat/28 Ogos 2015


Assalamualaikum..
Hari Jumaat aku cuti, so it's time to merewang.. Kehkehkeh.. Happy lol --" Dah lama benar rasanya aku tak merewang.. Last sekali keluar merewang masa bulan lepas.. So, dah kira sebulan setengah jugak ar tak pergi jalan-jalan.. But, it's ok.. Tak mati pun kan. Dan, hari ni dah alang-alang ada peluang, aku pun apa lagi? Merewang lah dengan kakak aku yag supa gojes.. Hep! Hep!!
Selepas selesai bersolat Asar dan bersiap ala kadar, aku dan kakak aku pun mulalah aktiviti kitorang... Kitorang plan nak gi tengok perlawanan hoki at Stadium Hoki MBKT. So, dengan menaiki motosikal EX5, kami pun pergi ke sana. Masa tu jam dah tunjuk pukul 5 petang. Apakah? Petang  pun keluar..  Mujurlah mak aku faham dengan minat aku yang gila-gila terhadap hoki so dia tak halang kitorang pun untuk ke sana.
Sampai je kat stadium, tempat duduk dah hampir penuh.. Aku dengan kakak aku tak tahu nak duduk kat mana, so kitorang decide untuk duduk kat atas dulu sementara menunggu ada tempat duduk kosong.. Bila ada tempat duduk kosong tu, cepat-cepat kitorang pergi duduk.. Huhu! Takut sangat sit diambil orang.
Perlawanan hoki pada petang ni antara PHT (Terengganu) vs BJSS (KL) untuk Open Game. Maksudnya, game ni terbuka kepada sesiapa yang berminat (pemain hoki aje lah). Aku memanglah sokong Terengganu kan? Doh name pung anok jati Ganu.. Jadi, sokong Ganu ah.. Walaupun hakikatnya, BJSS tu sekolah impian aku once upon a time...


Semasa perlawanan berlangsung. PHT - Jersi kuning. BJSS - Jersi biru.




Aku rasa 3 orang ni peserta Planet Bola sebab dekat baju diorang ada laman web Planet Bola.


Selepas 70 minit bermain dan brake selama 5 minit, perlawanan pun tamat. Dan keputusannya ialah PHT menang dengan jaringan 5 gol. 1 gol di separuh masa pertama and 4 gol di separuh masa ke-2. Paling menakjubkan, gol ke-5 tu masuk semasa minit-minit terakhir.. God! Macam miracle je.. BJSS dapat 2 jaringan gol. Gol pertama di separuh masa pertama dan gol kedua di separuh masa ke-2. Ok, lah kan? At least ada jugak gol dari takde terus. Kalo tak, buat malu je sekolah sukan kalah dengan sek Ganu yang kampung habis! (Kkapong-kkapong pong, kitorang katang boh!)


Result perlawanan semasa 5 minit terakhir separuh masa ke-2. Final result aku tak sempat nak capture.
Nampak tak kat gambar di atas, seorang ahli pasukan BJSS tengah baring. Ha.. Dia injured sebab main kasar. Padan muka kau!

Selepas tamat perlawan antara PHT dengan BJSS, aku and kakak aku pun pergilah ke kedai kat belakang untuk membeli makanan. Kitorang tak balik sebab nak tengok satu lagi perlawanan malam tu jam 8.


Tak tahu nak beli apa. Rambang mata! Semua sedap :F

After dah beli cempedak goreng, ubi goreng dengan air gas, kitorang pun pergi balik ke stadium.. Tapi, bila sampai kat stadium, tengok baru je ada beberapa orang. So, aku dengan kakak aku pun pergi ke pantai Batu Buruk yang sangat dekat dengan stadium. Sampai kat pantai, ramai giler orang.. So, kitorang tak stop la kat pantai. Terus pergi ke stadium balik, park motor then ambil tempat kat bahagian atas sekali.
Tepat jam 8 malam, gem pun bermula. Perlawanan malam ni antara THT vs TNB untuk Premier Game. Maksudnya, game ni antara senior-senior lah..


Bersalam antara pasukan. Sorry, gambar kabur.




Perlawanan sedang berlangsung.. THT-Jersi putih hitam. TNB-Jersi merah biru.


Aku tak tahu apa fungsi kakak 3 orang ni ke sini. Nak tengok perlawanan hoki ke, nak selfie? Dah la, menghalang pemandangan aku.

Keputusan hoki : THT (2) vs TNB (1)

Kedua-dua gol THT disempurnakan oleh Faizal Saari yang berjersi nombor 10 pada separuh masa pertama dan ke-2. Manakala gol pasukan TNB disempurnakan oleh Muhammad Ramadhan bin Rosli berjersi nombor 4 pada separuh masa ke-3.
So, means THT menang la. Yeay! Dah la player yang shoot gol tu idola aku.. Daebak, Faizal Saari!
Nak citer, mak cik belakang aku tak habis-habis melatah, "Eh mapuh! Eh jatuh!" bla bla bla bila tengok ada player yang rebah or terkena bola.. Haish! Mak cik sungguh mengganggu konsentrasi saya.

K, dah. Babai :*

Sedikit info:
Open game - Mempunyai 2 bahagian iaitu separuh masa pertama dan separuh masa ke-2. Setiap bahagian berlangsung selama 35 minit tanpa henti dan  rehat selama 5 minit. Game ini terbuka kepada sesiapa yang berusia 13 tahun (mungkin) hingga 25 tahun (mungkin).
Premier game - Mempunyai 4 bahagian iaitu separuh masa pertama, separuh masa ke-2, separuh masa ke-3 dan separuh masa ke-4. Setiap bahagian berlangsung selama 15 minit tanpa henti dan rehat selama 5 minit. Pemain untuk game ini terdiri daripada pemain TETAP yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan seperti pertandingan SUKMA (macam bola sepak jugak le).

Thanks for reading ^_^

Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...