Friday, 4 September 2015

PERLAWANAN AKHIR LIGA HOKI PREMIER MALAYSIA THT x KLHC



Jumaat/4 September 2015



Assalamualaikum..

Kalau korang ada baca entry aku yang lepas, aku ada cerita tentang aku pergi tonton perlawanan hoki antara THT menentang TNB, kan? And, keputusannya ialah THT menang dengan jaringan 2 berbalas 1. Kan? Kan??

So, hari ni aku pergi lagi untuk menonton perlawanan hoki. Tapi kali ni final game THT menentang KLHC. Kiranya, team yang menang malam ni jadi JOHAN and yang kalah jadi NAIB JOHAN.
Aku pergi ke Stadium Hoki MBKT, Batu Buruk dalam pukul 6.30 p.m dengan kakak aku. Sampai sana, kitorang jalan-jalan dulu kat Pantai Batu Buruk sementara tunggu azan Maghrib. After magrib, dah solat semuanya, kitorang pun berjalan ke stadium yang just 10 meter dari surau Pantai BB. Stadium hoki ni senang je nak jumpa. Kalau kau pernah pergi ke Pantai BB, korang mesti ada jumpa A&W and Kolam Renang Akuatik MBKT. Ha, Stadium Hoki MBKT betul-betul kat belakang kolam renang.


Aku!
Aku tahu aku tak cantik. Just shut up!

Sampai je kat stadium, tengok dah ramai orang. Tempat duduk pun dah tak banyak. So, terpaksalah aku dengan kakak aku berhimpit pergi cari temat duduk. Tapi nasiblah sebab kitorang dapat jugak duduk walaupun depan belakang lelaki. Kiri kanan je ada perempuan.. And, guest what? Sit aku betul-betul sebelah sit girlfriend/tunang kepada player hoki THT. Proud XD Perempuan tu dah lah cantik, cun, menawan and so on lah! Ya lah kan, gadis KL memanglah cantik.. And, aku agak dia ni kawan kepada tunang Faizal Shaari, pemain hoki yang aku minat tu..
Before game start, nampak tunang Faizal Shaari dengan parents dia datang kat stadium. Dia pakai jersi THT yang ada nama 'Faizal S.' . Aku tak hirau sangat lah dengan jersi dia tu, tapi yang aku hiraunya wajah dia. Cantik gila! Dah lah kurus. Eh, gadis KL memang kurus-kurus eyh?
Ok, full stop pasal gadis KL. Nak story about hockey pulak.
Tak sangka pulak baru je 10 minit aku duduk kat stadium tu, keadaan stadium yang pada asalnya AGAK LENGANG dah jadi CROWDED. God! Memang ramai gila orang datang nak tengok hoki. Tak sangka pulak ramai orang Ganu yang minat hoki..
Eh, ke diorang datang nak tengok Faizal Shaari aku? *Blurp! Kalo tunang Faizal Shaari baca ni mampus aku!


Semasa latihan sebelum perlawanan.

Masa ni dalam pukul 7.30 p.m Tak ramai lagi orang kat sit sebelah sana, kat sit yang aku duduk dah penuh orang. Tapi bila pukul 7.45 p.m, sit kat sebelah sana penuh. FULL! Memang tak ada ruang.
Dalam jam 8.15 p.m, acara pun dimulakan dengan berjalan membawa jalur gemilang and nyanyian lagu Negaraku.. Aku tak nyanyi sebab aku tahu kalo aku pun mesti suara aku tak dengar. So, better aku diam. Beside, aku nak simpan suara aku untuk bersorak nanti.

Selepas nyanyian lagu Negaraku.
KLHC -> Jersi Kuning Hitam , THT -> Jersi Putih Hitam

Malam ni kapten pasukan THT bukan Faizal Shaari tapi player lain yang berjersi nombor 1. Entah apa nama dia, aku tak tahu. Aku just tahu Faizal Shaari dengan adik dia Fitri Shaari je. Player lain, memang aku tak tahu. Well, kita peminat adik beradik tu je.
Aku agak dalam pukul 8.20 p.m jugak baru game start. And, dalam beberapa minit main, semua manusia kat stadium tu dikejutkat dengan dari pihak lawan, KLHC. Semua orang macam tercengang-cengang. Macam gol tu boleh terjadi pun tak tahu lah.
Oh, ya. Gol pertama untuk team KLHC di-shoot oleh Rashid.
Selang beberapa minit lepas tu, seorang daripada player THT shoot gol penyamaan untuk team THT melalui pukulan sudut penalti. Tapi gol tu dibatalkan atas beberapa sebab yang aku sendiri pun tak tahu.
TETAPI, 1 gol THT hilang, 2 gol pulak yang THT dapat. Gol pertama untuk team THT di-shoot oleh Tengku Tajuddin and gol kedua pulak di-shoot oleh Fitri Shaari. So, keputusan half time ialah THT 2 vs KLHC 1.
Semasa separuh masa kedua kalau tak silap aku tak ada gol. So, maknanya main 15 minit tanpa hentilah.
Bersambung ke separuh masa ketiga, THT menambah satu lagi gol yang di-shoot oleh Firhan.. Jersi nombor berapa aku tak tahu. Jangan tanya aku!!
TAPI.. Aku rasalah team KLHC nak balas dendam so dia shoot 2 gol untuk separuh masa ketiga ni. And, gol-gol itu di-shoot oleh Razi Rahim and Razie. Keputusan untuk separuh masa ketiga ialah 3 sama.
Masuk ke separuh masa keempat, permainan bertambah hangat.. (Cewah, ayat. Skema kau!) Selepas beberapa minit bermain dalam separuh masa keempat iaitu separuh masa terakhir team THT dapat satu gol yang disempurnakan oleh siapa lagi kalau bukan Faizal Shaari? Waa!! Muah Muah... Tersenyum bangga aku masa bola hoki tu masuk gol.. (Tak ke kau rasa aku ni gedik?)
Tapi, macamyang aku ar.. Team KLHC memang betul-betul nak balas dendam. Baru je 2 minit kot THT shoot gol ke-4, KLHC pun shoot jugak gol yang ke-4. Gol tu di-shoot oleh Faiz. So, resultnya ialah 4 sama. Fuh! Memang geram sangat...
Aku tengok Faizal masa dia shoot gol tu happy sesangat. Tapi after team KLHC shoot gol, dia dah mula down. Main pun sambil lewa. Geram pulak aku tengok..
Masa dah semakin berlalu. Lagi 1 minit permainan akan tamat. Aku yang duduk kat atas sit atas tu dah tak senang duduk. Panas ada sebab crowded sangat. Berdebar pun ada sebab masa just tinggal 1 minit je lagi. Kalo THT tak boleh shoot ni, naya je kena penalti.. Agak-agak kalo penalti, THT akan menang ke? Tu aje ah yang aku fikir.
Lagi 30 saat je tinggal, team THT dapat pukulan sudut penalti or aku somputeh panggil short corner. And, guess what? THT dapat GOL!!! Tapi gol tu bukan Faizal Shaari la yang shoot. Adik dia yang shoot. Huh! Hampeh der.. Baru angan-angan nak tengok Faizal Shaari shoot untuk kali yang kedua. Tapi tak boleh :( Eh, tapi ok lah kan? Adik dia, Fitri Shaari yang shoot. Nama ayah diorang Shaari jugak... Eh, kira ok lah!
After gol tu, memang stadiu heboh lah. Semua penonton berdiri. Eh eh, aku tipu! Aku tak berdiri pun. Aku relax and piss je duduk. Malas pulak aku nak berdiri. Kalo aku berdiri pun bukannya Faizal Shaari nampak. Sadis ;(
Tetiba je after gol tu, ada orang kat depan aku bangun then kira 8,7,6 .. Baru aku perasan, dah saat-saat akhir rupanya. Aku pun ikut sama kira. 5,4,3,2,1 . Tet!!!!! Yeay! THT menang :D
Tak percaya pulak THT boleh menang di saat akhir.. Lepas je habis masa tu, players THT termasuklah Faizal Shaari buang jersi diorang then beri kat para penonton sekalian. Tapi penonton kat bawah ajelah. Aku yang duduk atas ni tak dapat. HukHuk! Sedeyh! Tapi, bila fikir balik, untuk apa aku ambil jersi dia tu? Dah lah basah dengan peluh. Aku agak, jersi dia tu boleh perah dah. Heee.. Geli pulak I.
After that, majlis penyampaian hadiah pun berlangsung dengan jayanya.


Team THT kebanggaanku.
(Semasa pemberian medal oleh Datuk Haji Ahmad Razif, MB Kuala Terengganu)



Best-nya diorang dapat pegang cek PALSU.

Gambar THT yang pegang piala aku tak ada. Tak sempat nak capture..
Gambar team KLHC tak ada sebab aku dah padam. Gambar hodoh! Eh, gambar orang kalah memang hodoh eyh? Berikanku jawapan, please..

So, tamatlah sudah Game Liga Hoki Premier Malaysia dengan kejuaraan disandang oleh THT dan naib juara pula jatuh kepada KLHC.
TUTUP BUKU

Mesti korang tertanya-tanya kan apa maksud THT and KLHC. Ok lah, meh sini nak bagitahu.

THT -> Terengganu Hockey Team
KLHC -> Kuala Lumpur Hockey Club

K, dah. Aku nak tidur dulu.. Pagi esok nak tengok berita TV3 pasal game malam ni.
Assalamulaikum, ya readers..

Thanks for reading this entry ^_^





Post a Comment

A ComeBack Maybe? | After Few Months

Assalamualaikum semua :) . Dah lama kan aku tak post apa-apa entry kat sini. Busy. Tu je mampu cakap. Terlalu banyak benda dan perkara yan...