Friday, 4 September 2015

Rupa-Rupanya Dia Hazanis


Khamis/20 Ogos 2015



Assalamualaikum...

Suatu masa dahulu....
Eh, tipu! Tipu!! Bukan suatu masa dahulu sangat pun... Beberapa bulan yang lalu je..
Ok, start balik ayat.....

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah memuji seorang hamba Allah ni.. Lebih memuji kepada rupa paras sebenarnya.. Jujur aku kata, dia ni memang comel. Sumpah terpegun aku tengok dia.. Memang dia mempunyai wajah yang kalau manusia tengok sekali, aku jamin akan berpaling untuk kali kedua..
Dia ni cantikkkk sangat.. Setiap kali aku tenung gambar dia, aku akan berkata, "Indahnya ciptaan Allah!"
Sungguh, aku tak tipu..
Sampailah beberapa hari lepas, baru aku tahu akan kebenarannya.
Gadis yang selama ini aku puja, aku puji. Aku kata comel, cantik, ayu, cun, menawan dan banyak lagi lah rupa-rupanya cuma seorang gadis yang aku kenal melalui gambar.
Selama ini, aku ingatkan aku kenal SANGAT dengan pemilik wajah yang cantik tu. Rupanya, TAK! Dan pemilik gambar tu pun tak kenal aku..
Ditipu? Ya, aku memang sudah ditipu. Ditipu hidup-hidup..
Sedih? Sikitlah..
Kecewa? Pun sikit jugak..
Sakit hati? Yang ini pun sikit..
Tapi yang banyaknya ialah aku rasa aku bodoh..
Bodoh sebab terlalu percayakan orang yang tipu aku tu.
Bodoh sebab aku sebenarnya kenal siapa pemilik sebenar wajah cantik tu..

Aku ni blogger yang memang suka blogwalking. Setiap kali aku ada free time, aku akan blogwalking. Kadang-kadang tu aku suka search something yang pada aku menarik lah..
Hari tu, aku search tentang 'Blogger Paling Cantik 2015'
Then, I found an entry about it.
Aku tengok one by one blogger yang dikatakan cantik itu. Dan blogger yang paling lama aku tilik muka dia ialah Hazanis. Aku siap puji dia cantik lagi.. Tapi kenapa aku langsung tak perasan yang wajah dia sama dengan wajah yang selama ni aku selalu tenung sambil berkata "Indahnya ciptaan Allah." Kenapa!?
Oh, baru aku tahu aku buta sebenarnya selama ini..
Buta dalam celik.
Dan, sekarang...
Aku sudah tahu yang DIA bukannya kau..
DIA ialah HAZANIS.
Rupa-rupanya dia Hazanis...
Hazanis..



                                                                                              - HAZANIS -


Thanks for reading ^_^
Post a Comment

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...